web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Pihak Stesen TV, Tolong Jangan Jadi Diktator!' - FDAM 

Sesetengah stesen sudah berani melebihi kuasa pengarah sehingga penerbit pun tidak mampu menentang dan ia disifatkan sebagai tindakan melampau. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 11:35AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) meminta pihak stesen televisyen supaya berhenti campur tangan dalam keputusan pengarah memilih barisan pelakon untuk drama-drama yang dihasilkan syarikat produksi tempatan. 

Presidennya, Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, isu campur tangan stesen TV ke atas penerbitan drama bersiri dan cereka TV ini bukan satu isu baharu yang berlaku tetapi ia telah berlarutan sejak dua dekad lalu.

“Sesetengah stesen sudah berani melebihi kuasa pengarah sehingga penerbit pun tidak mampu menentang.  Apa yang dilakukan oleh sesetengah stesen sudah melampau.  

“Mereka sanggup memaksa penerbit menukar pengarah jika kehendak stesen seperti pemilihan pelakon utama tidak dipersetujui pengarah.

“Sedangkan pengarah mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pelakon bersesuaian untuk membawakan sesuatu watak dalam drama yang diarahkannya itu,” kata Mat London kepada Portal Getaran. 

Mat London
Mat London

Menurut Mat London lagi, sebagai sebuah persatuan yang melindungi hak dan kebajikan barisan pengarah di Malaysia, pihaknya amat memandang berat akan hal ini. 

“Stesen terbabit bertindak demikian kerana terlalu menurut kehendak pengiklan dan penaja yang hanya mementingkan jualan tanpa memikirkan soal mutu sesuatu penerbitan.

“Namun, campur tangan yang berlebihan juga akan menjejaskan imej pengarah yang merupakan tonggak sesebuah penerbitan,” katanya. 

Jelas Mat London lagi, sebelum ini tiada siapa berani menentang tindakan melampau pihak stesen TV kerana bimbang akan hilang peluang mendapatkan slot program.  

“Sampai bila perkara ini hendak dibiarkan? Sudah beberapa kali FDAM mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mengenai isu ini tetapi ia dipandang remeh pihak stesen TV.

“Atas sebab itu, kita telah ambil satu tindakan untuk menghantar resolusi kepada pihak stesen TV yang mana salinannya akan dihantar kepada menteri. 

“Kita tidak mahu bergaduh dengan pihak stesen TV tetapi janganlah jadi diktator dan mengacau tugas seorang pengarah. 

“Tindakan menghantar resolusi ini adalah sebagai satu peringatan kepada mereka (stesen TV) tentang pendirian kami berhubung isu ini. Jika stesen TV masih berdegil, kami mungkin terpaksa cari jalan lain untuk bertindak,” katanya. 

Apapun, FDAM yang dinaungi  lebih 1,500 ahli akan memastikan hubungan mesra di antara persatuan itu dengan stesen TV dan penerbit sentiasa dipupuk demi kemajuan industri kreatif negara. 

Usul mengenai campur tangan stesen televisyen (TV) terhadap tugas dan pemilihan pelakon yang dibuat oleh pengarah telah dibahaskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24  FDAM, baru-baru ini. 

Begitu juga dengan isu Padu Citra yang telah ditamatkan pada 1 Februari lalu dan diganti dengan Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCap).

“Pihak kami akan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dalam masa terdekat bagi memohon pertimbangan FINAS agar menghidupkan kembali Padu Citra untuk memastikan penerbitan flem dan program TV dapat dikawal selia dengan lebih berkesan.

“Program Padu Citra yang ditunjangi FDAM, Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia ditamatkan pengurusan terdahulu FINAS tanpa sebarang perbincangan dengan kami.  

“Kami berharap FINAS akan menghidupkan kembali program ini bagi memastikan penerbitan filem dan program TV diserahkan kepada karyawan yang berkelayakan serta berkemahiran daripada tiga persatuan utama yang menaungi pengarah, kru dan pelakon,” katanya. - Getaran, 4 Januari 2021

Gambar: Fail

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas