web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laporan Polis Sudah Dibuat Terhadap Pengarah, Sedang Berbincang Dengan Peguam - Ibu Wafariena

Pihak Wafa diminta mengemukakan beberapa dokumen dan surat bukti agar tindakan selanjutnya boleh dikenakan terhadap pengarah.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 12:13PM

Wafariena (kiri) dan ibunya Suzana Hamad - Gambar Instagram Wafariena

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu merangkap pengurus kepada pelakon Wafariena Roslan, Suzana Hamad mendedahkan sudah membuat laporan polis terhadap pengarah, Khairi Azmi berhubung kecederaan yang menimpa anaknya semasa penggambaran super telefilem ‘Mata Tak Berhijab’ pada Oktober. 

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kundang, Selangor pada 26 Oktober lalu itu bakal menjadi antara surat bukti yang akan diserahkan kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) untuk tindakan lanjut.

Suzana adalah ibu merangkap pengurus Wafariena - Gambar fail
Suzana adalah ibu merangkap pengurus Wafariena - Gambar fail

“Kami sudah membuat laporan polis terhadap pengarah. Selepas ini kita akan berbincang dengan peguam untuk tindakan yang seterusnya. 

“Kami sudah bertemu dengan wakil FDAM. Mereka memerlukan beberapa dokumen seperti surat bukti iaitu laporan polis serta surat daripada peguam sebelum tindakan tatatertib diambil kepada pengarah itu. Kena ada bukti, baru boleh bertindak,” kata Suzana ketika dihubungi Getaran sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, watak Wafa yang sepatutnya masih berlangsung tiba-tiba dimatikan selepas insiden itu. 

Wafariena mengejutkan industri hiburan selepas dimasukkan ke hospital akibat kecederaan di lokasi penggambaran. - Gambar fail
Wafariena mengejutkan industri hiburan selepas dimasukkan ke hospital akibat kecederaan di lokasi penggambaran. - Gambar fail

“Penggambaran cerita itu mereka dah habiskan. Saya pun tak tahu bagaimana. Mereka buat watak Wafa tiba-tiba hilang,” tambahnya.

Wafariena sebelum ini mengejutkan industri hiburan apabila dimasukkan ke wad selepas mengalami kecederaan di sebuah set penggambaran.

Wafa mengalami kecederaan di bahagian tisu punggung, koyak di bahagian perut dan berlaku pendarahan selepas dipaksa melakukan aksi lagak ngeri sebanyak 12 kali di Lenggong, Perak pada 9 Oktober lalu.

Susulan itu, pengarah super telefilem berkenaan didakwa lepas tangan kerana dikatakan tidak pernah bertanya khabar pelakonnya selepas insiden berkenaan. - Getaran, 2 November 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 7

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN