web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Walau Asalnya Pelakon Ganti, Gandingan Aniq Suhair Dan Siti Khadijah Mantap, Capaian Lebih 3 Juta Tontonan Di TV3 

Menggantikan tempat pelakon asalnya iaitu Idris Khan dan Amelia Henderson, penonton berpendapat bahawa gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim adalah pilihan tepat. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 7:00PM

Gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah menjadi. - Gambar TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Percaturan yang dibuat pihak produksi A. Aida Production untuk memilih Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim menggantikan tempat pelakon asalnya iaitu Idris Khan dan Amelia Henderson dalam drama bersiri Sekali Lagi Cinta Kembali sebagai pelakon utama nampaknya cukup berbaloi. 

Ini kerana kedua-dua pelakon muda yang seringkali bekerjasama ini telah memberikan keserasian yang cukup baik dalam drama bersiri arahan Riza Baharudin ini. 

Gandingan serasi mereka telah menunjukkan keputusan mantap apabila Sekali Lagi Cinta Kembali berjaya meraih sambutan hangat dengan capaian tertinggi sebanyak 3.8 juta penonton menerusi slot Akasia TV3. 

Drama bersiri ini juga berjaya meraih 559.7 juta tontonan di laman sosial Tiktok dan capaian 476 juta di media sosial sepanjang bersiaran (sumber: Nielsen, 13 September 2022 - 12 Oktober 2022).

Sejak Sekali Lagi Cinta menghiasi slot Akasia TV3 pada 13 September 2022, penonton setia telah menyuarakan pendapat bahawa gandingan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim adalah pilihan tepat oleh pengarah Riza Baharudin dan pihak produksi A. Aida Production.

Walaupun telah diberi tanggungjawab menggalas watak asal lakonan Idris Khan dan Amelia Henderson dengan masa persediaan yang singkat, Aniq Suhair dan Siti Khadijah telah menghidupkan watak mereka dengan cukup hebat. 

Penonton juga turut menularkan tanda pagar #HayRa dan #SepanjangHayyatAira di laman media sosial yang menggabungkan nama watak Hayyat dan Aira sebagai tanda setuju mereka.

Sekali Lagi Cinta Kembali menceritakan tentang kisah kehidupan Hayyat (Aniq Suhair) dan Aira (Siti Khadijah Halim) yang terpaut ketika Aira terpaksa menjaga Nek Som (Kismah Johar). 

Hayyat mula jatuh hati dengan Aira setelah melihat keikhlasannya menjaga Nek Som tetapi Hayyat tetap menafikan perasaan sendiri dek sebuah rahsia yang disorokkan pada awal. Selepas menikahi Aira, Hayyat tetap ingin menyimpan rahsianya dengan rapi. 

Namun, rahsia itu mula terbongkar apabila berdepan dengan seseorang dari kisah silamnya. Dapatkah Aira menerima Hayyat seadanya? 

Nantikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang bersiaran sehingga 20 Oktober 2022 di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di TV3 dan turut ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama.  – Getaran, 17 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Amelia Henderson Berjaya Tangguh Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM200,000

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Amelia Henderson Fail Rayuan Terhadap Perintah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN