web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amelia Henderson Fail Rayuan Terhadap Perintah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

Peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman, yang mewakili Amelia, 28, atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson ketika dihubungi pemberita berkata, notis rayuan itu difailkan pada 18 April lepas di Mahkamah Tinggi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 4:12PM

Pada 7 April lepas, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A. Aida menerusi syarikatnya, A. Aida Production Sdn Bhd - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon Amelia Henderson memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada penerbit filem dan drama A. Aida kerana melanggar kontrak penggambaran drama berjudul `Sekali Lagi Cinta Kembali’.

Peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman, yang mewakili Amelia, 28, atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson ketika dihubungi pemberita berkata, notis rayuan itu difailkan pada 18 April lepas di Mahkamah Tinggi.

Menurut peguam itu, pengurusan kes untuk rayuan tersebut ditetapkan pada 26 Mei ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rozana Husin.

Pada 7 April lepas, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada A. Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang menerusi syarikatnya, A. Aida Production Sdn Bhd selepas membenarkan tuntutan saman syarikat itu terhadap pelakon drama 'Kisah Cinta Kita'.

Hakim Zulqarnain Hassan memerintahkan Amelia selaku defendan membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920 dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada A. Aida selaku plaintif.

Hakim itu turut membenarkan permohonan A. Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah sama terhadapnya selain pelakon itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagramnya @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari bermula 7 April.

Pada 28 Julai 2022, A. Aida Production menyaman Amelia berhubung pelanggaran kontrak drama berkenaan apabila pelakon wanita itu menarik diri di saat akhir daripada penggambaran drama tersebut.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Amelia telah menerima bayaran pertama sebanyak RM3,920 selepas menandatangani perjanjian kontrak serta bersetuju memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan drama tersebut.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa Amelia membuat keputusan untuk menarik diri walaupun terdapat rundingan antara kedua-dua pihak sebelum notis penamatan kontrak diberikan kepada pelakon itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Amelia Henderson Berjaya Tangguh Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM200,000

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rayuan Amelia Henderson Terhadap A. Aida Didengar 24 Oktober

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Langgar Kontrak, A. Aida Harap Generasi Pelakon Muda Akan Ambil Iktibar Terhadap Kes Amelia Henderson

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Teruja, Cinta Aedy Ashraf Dan Amelia Henderson Kembali Bertaut, Kali Ini Mahu Lebih Serius

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.