web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Langgar Kontrak, A. Aida Harap Generasi Pelakon Muda Akan Ambil Iktibar Terhadap Kes Amelia Henderson

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pelakon Amelia Henderson supaya membayar ganti rugi berjumlah RM195,245 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd berhubung pelanggaran kontrak.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 3:00PM

Amelia akan memohon rayuan terhadap keputusan itu hari ini, sambil mengulangi beliau meneruskan kes itu di mahkamah kerana percaya beliau berada di pihak yang benar. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Produser drama dan filem, Datuk A. Aida meminta pelakon baharu yang bercita-cita tinggi supaya perlu mengkaji sebarang kontrak sebelum mereka menurunkan sebarang tandatangan dan sebaik sahaja mereka berbuat demikian, mereka haruslah memberi komitmen sepenuh terhadap projek yang dijayakan. 

"Jadi untuk generasi artis dan pelakon baharu, ambil kes ini sebagai pengajaran. Sebelum kita menandatangani kontrak, kita mesti mengkajinya dan setelah ditandatangani, kita mesti menghormatinya,” katanya dalam satu sidang media khas. 

Aida berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkan pelakon Amelia Henderson supaya membayar ganti rugi berjumlah RM195,245 kepada syarikat produksinya A. Aida Production Sdn Bhd berhubung pelanggaran kontrak, siang tadi. 

Ketika ditanya sama ada dia akan mengambil Amelia Henderson lagi untuk sebarang watak, Aida berkata, dia tidak dan meluahkan kemarahan terhadap penarikan diri pelakon itu daripada produksi berkenaan.

"Tentu tidak bagi saya kerana sepanjang 25 tahun saya sebagai penerbit, saya tidak pernah mengalami kes di mana seorang artis telah menarik diri pada saat-saat akhir,” katanya. 

Datuk A.Aida (dua, kanan) ketika sidang media selepas mendengar keputusan kes saman A.Aida Production Sdn Bhd terhadap pelakon Amelia Henderson berhubung pelanggaran kontrak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama
Datuk A.Aida (dua, kanan) ketika sidang media selepas mendengar keputusan kes saman A.Aida Production Sdn Bhd terhadap pelakon Amelia Henderson berhubung pelanggaran kontrak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan pelakon Amelia Henderson supaya membayar ganti rugi berjumlah RM195,245 kepada syarikat produksi A. Aida Production Sdn Bhd berhubung pelanggaran kontrak.

Hakim Zulqairnain Hassan turut memerintahkan pelakon itu agar mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan memadam video yang dimuat naik di akaun media sosialnya, termasuk kenyataan fitnah yang dibuat terhadap syarikat berkenaan.

Dia juga dihalang daripada membuat kenyataan fitnah serupa terhadap syarikat itu dan diperintahkan membayar RM18,000 kepada mahkamah.

Pada Jun tahun lalu, Henderson bersama pelakon Idris Khan disaman penerbit Datuk A. Aida kerana melanggar kontrak membabitkan siri drama 'Sekali Lagi Cinta Kembali'.

Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang memutuskan untuk menarik balik saman terhadap Idris selepas kedua-dua pihak menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah.

Dalam saman itu, Aida berkata Henderson menarik diri daripada menjayakan drama itu sehari sebelum produksi sepatutnya dimulakan, dan kemudiannya mengalami kerugian.

Dalam satu hantaran di Instagram, Henderson mendakwa Aida telah menawarkan peranan berbeza kepadanya daripada apa yang tertera di dalam kontrak.

Sehubungan itu, Aida juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Henderson.

Perbicaraan kes itu yang bermula November lepas telah memanggil tiga saksi termasuk Aida, Henderson dan pengurus produksi,Fazeyla Ahmad.

Dalam keterangannya, Fazeyla berkata, syarikat itu mengalami kerugian akibat Henderson menarik diri daripada drama itu pada saat-saat akhir.

Dalam keputusannya hari ini, Zulqarnain berkata kontrak itu telah pun diikat selepas ia ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

"Dalam kes ini, keterangan telah menunjukkan defendan (Henderson) telah bersetuju untuk membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

"Undang-undang kontrak menetapkan bahawa bukan menjadi kewajipan mahkamah untuk menulis semula perjanjian itu," katanya, merujuk kepada undang-undang di bawah Akta Kontrak 1950.

"Undang-undang kontrak menetapkan bahawa bukan menjadi kewajipan mahkamah untuk menulis semula perjanjian itu," katanya, merujuk kepada undang-undang di bawah Akta Kontrak 1950.

Ketika ditemui di mahkamah hari ini, Henderson berkata, beliau akan memohon rayuan terhadap keputusan itu hari ini, sambil mengulangi bahawa beliau meneruskan kes itu di mahkamah kerana percaya beliau berada di pihak yang benar. 

"Saya menghormati keputusan mahkamah. Bukan niat saya untuk bergaduh, tetapi saya telah meneruskan kes di mahkamah kerana saya percaya saya betul," katanya ringkas kepada pemberita di sini. – Getaran, 7 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 12 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...