Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Filem: Mortal Kombat

Permainan video popular ‘Mortal Kombat’ diflemkan buat kali kedua dengan hasil yang agak berbeza.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam sejarah perfileman, sudah banyak juga permainan video yang telah diangkat dan diadaptasikan menjadi filem layar lebar. ‘Mortal Kombat’ sudah tentunya termasuk di dalam senarai ini. 

Buat yang tidak tahu, ‘Mortal Kombat’ pernah diterbitkan sebagai sebuah filem 26 tahun lalu, semasa permainan videonya mula diperkenalkan dan hangat dimainkan oleh generasi muda tika itu.

Seperti jenama ‘Street Fighter’ ia menjadi permainan video kegemaran ramai sehingga difilemkan oleh pihak Hollywood untuk mengambil kesempatan di atas popularitinya selain mengaut keuntungan sampingan. 

‘Mortal Kombat’ kali ini merupakan pembikinan semula kisah permainan video itu yang diberikan sentuhan lebih moden dan kontemporari sesuai untuk penonton masa kini. Semasa sedutan filem ini mula dipromosikan, ramai juga yang ternanti-nanti untuk menyaksikannya di pawagam sejak pawagam dibuka semula.

Menampilkan jalan cerita yang agak mudah, filem ini semestinya menampilkan kesan visual yang hebat untuk menggambarkan kuasa luar biasa yang dimiliki oleh setiap wataknya.

Walau bagaimanapun barisan pelakon yang ditampilkan bukanlah nama-nama besar Hollywood tetapi bintang-bintang antarabangsa yang sedang meningkat naik. Ini termasuk pelakon tampan dan tersohor kelahiran Indonesia Joe Taslim yang memegang salah satu watak tunjang permainan video ini, Sub-Zero.

Sungguhpun para pelakonnya sudah memberikan yang terbaik untuk menghidupkan watak masing-masing, filem ini pastinya bukan calon anugerah Oscar atau mana-mana anugerah besar perfileman yang lain. Ia lebih sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang menyukai kesan khas dan mungkin para fanatik permainan videonya.

Sepanjang jalan ceritanya, ada diselitkan beberapa dialog yang biasanya diucapkan oleh watak para pemain video semasa mereka berlawan atau mengalahkan musuh mereka untuk memberikan sedikit kesinambungan di antara filem dan permainan video asal.

Sayangnya, dialog-dialog popular ini dimasukkan pada babak-babak yang kurang sesuai sehingga menjadikannya kelihatan agak kekok dan kadangkala lucu saat ditonton. 

Jika ada yang menyimpan harapan besar untuk filem ini, anda mungkin akan berasa sedikit kecewa kerana filem jarang sekali mampu menghasilkan kesan yang sama dengan permainan video asal (begitu juga dengan beberapa buah filem yang diadaptasikan daripada novel).

Jadi kalau anda memang peminat permainan videonya, saksikan filem ini untuk tujuan mudah, iaitu berhibur kerana akhirnya itulah tujuan utama setiap karya seni, untuk menghibur. 

‘Mortal Kombat’ telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 April 2021. – Getaran, 13 April 2021.

Semua gambar: Warner Media

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Selebriti 22 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV 6 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar