web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'The White Tiger': Hanya Luka Mengenal Luka

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 10:00AM

Gambar: Netflix

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika filem ini baru sahaja berada di Netflix, hampir kesemua rakan yang saya kenali  sudah berkongsi poster di laman sosial masing-masing menjadikannya sebagai filem wajib tonton minggu ini. The White Tiger  sebenarnya diadaptasi dari sebuah buku terlaris New York Times yang ditulis oleh Aravind Adiga membahaskan tentang ekonomi dan sistem kasta di India. Di tangan pengarah Ramin Bahrani, beliau membawa kita masuk ke dunia satira yang menjadikan penonton bagai tersembam melihat betapa parahnya krisis kemanusiaan sepanjang filem ini dimainkan.

Balram iaitu watak utama yang menggerakkan filem ini sebenarnya adalah budak yang cerdas dan bijak. Bayangkan, ketika budak sebayanya tidak boleh membaca, Balram sudah boleh berbahasa Inggeris dengan fasih. Ketika ahli keluarganya sedang tidur, Balram membakar pelita untuk menyambung bacaannya mengenai buaya. Oleh itu, gurunya berjanji akan mencari biasiswa yang bakal menempatkan Balram di institusi pendidikan di Delhi, sebuah kota yang dibanggakan. 

Namun, lahir dalam kasta bawahan dan miskin di India adalah sumpahan paling buruk.  Balram terpaksa membatalkan cita-citanya dan bekerja di kedai teh sahaja sehinggalah dewasa. Balram tahu ini bukanlah hidup yang dia mahukan. Dia bagai terperangkap di sebuah reban ayam yang menunggu masa sahaja untuk disembelih namun tidak boleh melawan. Walaupun India ialah sebuah negara demokrasi, namun tidak ada istilah bebas bagi mereka di kasta bawahan. Apalagi keadilan.

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

 

Keluar dari reban 

Balram kemudian bekerja sebagai pemandu kepada Ashok iaitu anak kepada tuan tanah yang baru pulang dari Amerika. Ashok mempunyai isteri bernama Pinky. Mereka dilihat sangat baik hati, berfikiran terbuka dan membela Balram setiap kali dimarahi. Mereka tak menganggap Balram sebagai hamba kasta bawahan tetapi manusia biasa.

Balram kemudian mengikut Ashok dan Pinky ke Delhi seperti cita-citanya waktu kecil. Tapi, bukan sebagai pelajar. Cuma sebagai orang gaji sahaja. Ada satu babak yang sangat kuat ketika Pinky menyuruh Balram keluar daripada kehidupan yang seperti reban ayam ini. Di Amerika, Pinky juga lahir dalam kemiskinan apabila keluarganya hanya berniaga kecil-kecilan. Namun dia terus belajar dan berjaya keluar dari kemiskinan. Dia tahu apa yang diinginkan di sudut hati Balram. Pinky bersedia melepaskan Balram supaya dia mendapat kehidupan yang lebih baik.

Namun, segalanya berubah apabila Pinky melanggar seorang kanak-kanak. Rupanya di India, kalau kanak-kanak miskin mati dilanggar, ibu bapanya tidak berhak untuk menuntut keadilan. Masuk ke balai polis sahaja pun tak dibenarkan. Balram harus menanggung dosa Pinky dan dipaksa membuat pengakuan. Mujurlah tiada siapa yang melaporkan. Pinky kemudian terbang ke Amerika dalam diam dan sempat memberikan sejumlah wang kepada Balram. 

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

 

Dari setia kepada aniaya

Ashok hidup tak terurus dan mula mengkhianati kesetiaan dan kebaikan yang Balram berikan. Dia mula mencari pengganti Balram. Bagi menyelamatkan punggung sendiri, Ashok makin giat merasuah ahli politik. Sia-sia sahaja arwah ibunya menghantar Ashok belajar jauh di Amerika namun dia tetap seorang pengecut yang tidak mempunyai kekuatan untuk mengubah masyarakat. 

Parti yang kononnnya memperjuangkan hak orang miskin ialah parti yang sama membelot atas nama ketamakan. Kemanusiaan mati dibunuh kerakusan. Ashok tidak pernah susah, oleh itu dia tidak faham kenapa dia perlu berjuang untuk orang yang memang dilahirkan kasta bawahan. 

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

 

Ayam menjadi harimau

Balram membawa dendam dan amarah untuk keluar dari reban. Dari seekor ayam dia mengaum menjadi harimau. Pengalaman bekerja sebagai pemandu membuatkan Balram membuka perniagaan perkhidmatan pemandu. Dia memilih cara lain. Pekerjanya bukan orang gaji dan dia bertanggungjawab dengan kematian yang dilakukan oleh pemandunya. 

Empati adalah nilai yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Dengan merasai kesusahan hidup orang lain, kita boleh menamatkan penindasan. The White Tiger mungkin mempunyai babak yang sedikit menggangu tapi inilah realiti yang wujud di penjuru dunia yang lain. Jika ingin keluar dari reban, seseorang perlu menjadi kuat dua kali ganda untuk merubah takdirnya sendiri. Bagaimana pula kita, benarkah di tempat kita tiada reban yang tersembunyi dalam sebuah negara demokrasi? - Getaran, 2 Februari 2021

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad