Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apa Yang Malaysia Boleh Belajar dari Mencuri Raden Saleh?

Bukan hanya sekadar filem rompakan, Mencuri Raden Saleh juga banyak memaparkan kritikan sosial yang tajam terhadap sistem negara itu.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 3:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika lambakan cerita cinta dan filem hantu dari Indonesia memenuhi jadual tayangan panggung di Malaysia, tiba-tiba sebuah naskhah arahan Angga Dwimas Sasongko sampai ke pengetahuan dengan menawarkan sebuah karya rompakan besar-besaran (heist). Ia sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan genre filem yang selalu ditawarkan negara itu.

Mencuri Raden Saleh menceritakan sekumpulan anak muda yang bercadang mencuri sebuah lukisan hasil tangan karyawan besar Indonesia, Raden Saleh. 

Mencari Raden Saleh dibintangi pelakon muda yang sedang meningkat naik di Indonesia. - Gambar ihsan Astro
Mencari Raden Saleh dibintangi pelakon muda yang sedang meningkat naik di Indonesia. - Gambar ihsan Astro

Dibintangi pelakon muda yang sedang meningkat naik di Indonesia seperti Iqbaal Ramadhan, Angga Yunanda, Aghniny Haque, Ari Irham, Rachel Amanda dan Umay Shahab. Mencuri Raden Saleh tampil menghidangkan sebuah naskhah yang segar dengan wajah-wajah pelakon pelapis negara itu.

Ada banyak perkara yang menarik untuk diteliti menerusi Mencuri Raden Saleh. Biarpun genre heist masih belum banyak menjadi pilihan di Indonesia, namun filem aksi rompakan sudah banyak dihasilkan sutradara negara luar menerusi filem seperti Reservoir Dogs, Inception, The Duke, Baby Driver serta yang terbaharu meledak di Netflix ialah siri Money Heist dengan jumlah lebih daripada 34 juta tontonan.

Dengan lambakan filem genre ini yang kebiasaannya memiliki plot yang seakan-akan sama dan mudah diramal, sudah tentu yang menjadikan naratif filem itu berbeza adalah dari sudut bentuk helahnya, strategi serta aksi yang ditawarkan. Di sinilah Angga bijak membawa filem rompakan dalam versi yang menurut penulis begitu Indonesia sekali. 

Raden Saleh adalah nama karyawan besar di Indonesia, bahkan sebuah jalan di Jakarta adalah bersempena namanya. - Gambar ihsan Astro
Raden Saleh adalah nama karyawan besar di Indonesia, bahkan sebuah jalan di Jakarta adalah bersempena namanya. - Gambar ihsan Astro

Raden Saleh adalah nama besar di Indonesia, bahkan sebuah jalan di Jakarta turut diberi nama serupa sebagai tanda penghormatan karyawan besar itu. Namun, dia tidaklah begitu terkenal dalam kalangan anak muda. Bukan itu sahaja, lukisannya memang sangat mahal dan menjadi rebutan di Perancis.

Angga membongkar lukisan Raden Saleh menceritakan lebih lanjut tentang lukisan Penangkapan Pangeran Diponegoro yang dihasilkan pada tahun 1857. Ia sebuah lukisan penting menceritakan bagaimana general Belanda pada waktu itu ingin mengadakan pertemuan dengan Pangeran Diponegoro. 

Bahkan ada yang menyifatkan ia lukisan pertama di Asia Tenggara yang merakam momen anti-kolonial. Lukisan inilah yang menjadi rebutan serta titik mula kepada plot filem Mencuri Raden Saleh.

Angga mengangkat budaya, masyarakat serta sejarah Indonesia dalam filemnya. Hasilnya, selepas 2 juta tontonan di panggung, nama Raden Saleh mula diperkatakan dan dibincangkan di laman sosial. 

Ramai yang mula mencari serta berkongsi lukisan-lukisan lain karyawan besar itu khususnya dalam kalangan anak muda negara itu. Perjuangan identiti ini juga yang perlu lebih banyak dihasilkan oleh penggiat filem di Malaysia.

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Babak satu filem ini bergerak sangat lambat pada awalnya. Namun apabila sudah memasuki act dua dan ahli kumpulan sudah cukup, di sinilah ‘spark’ filem ini lebih memuncak dan momentum yang ditawarkan lebih mendebarkan. 

Memandangkan rompakan ini dilakukan oleh anak muda yang bermacam ragam, penonton boleh menjangkakan babak kelakar, aksi, serta emosi yang digaul Angga sehingga ke penghabisan filem ini. 

Angga adakah pengarah pertama yang dimaki warga Indonesia ketika menyekat di tengah-tengah keributan jalan di Jakarta untuk penggambaran filem ini selama 16 hari. Namun, itulah kegilaan yang dilakukannya demi  menghasilkan filem sebagus ini.

Jika penonton perhalusi, filem ini sebenarnya menunjukkan anak muda yang disangka tiada tujuan hidup dan miskin boleh melakukan rompakan. Mereka merompak kembali lukisan yang dirompak oleh presiden mereka. Dari lukisan anti-kolonial Raden Saleh tahun 1857 kepada semangat anti-korupsi presiden mereka. 

Gambar ihsan Astro
Gambar ihsan Astro

Dalam kata lain, Mencuri Raden Saleh secara halusnya ingin memberi tahu, sebuah sistem yang bobrok (rosak) selama bertahun-tahun boleh roboh dan hancur hanya dengan semangat bersatu anak-anak muda hari ini. Saksikan filem ini di pawagam Malaysia mulai hari ini. - Getaran, 22 September 2022 

4 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 3 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

4

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Selamat Pulang Ke Alam Abadi, A. Halim

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 13 jam yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Henry Moodie Tak Sangka Persembahan Percuma Di TRX Dapat Sambutan Ramai

Menurut Henry, peminat yang hadir adalah dua kali ganda daripada jangkaannya.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Syamel Nafi 'Kikis' Dagu Untuk Kelihatan Runcing 

oleh Helmi Anuar