web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syamel Nafi 'Kikis' Dagu Untuk Kelihatan Runcing 

Menurut Syamel, sebagai seorang yang takut jarum, tidak mungkin dia melakukan prosedur pembedahan kosmetik semata-mata untuk kelihatan kurus

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 8:22PM

Wajah Syamel semakin runcing hingga menampakkan tulang rahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Syamel nafi melakukan prosedur mengikis tulang dagunya untuk kelihatan runcing.

Sejak kebelakangan ini, wajah Syamel sering mendapat perhatian netizen kerana kelihatan semakin runcing sehingga menampakkan tulang rahangnya.

Menurut Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Foadzly, 31 , dia merupakan seorang yang takut jarum, jadi tidak mungkin dia berani untuk melakukan pembedahan kosmetik semata-mata untuk kelihatan kurus. 

"Semua ini terjadi secara semula jadi. Berat badan saya susut kerana melakukan senaman dan diet yang sihat.

"Dulu berat badan saya pernah mencecah sehingga 100 kilogram. Tetapi kini berat saya sekitar 72 kilogram. 

"Jika ada yang mendakwa saya melakukan pembedahan kosmetik untuk kelihatan kurus, semua itu adalah tidak benar. 

"Mana mungkin orang yang takut jarum seperti saya berani untuk lakukan semua itu," katanya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Syamel Dan Ernie Zakri. 

Pelantun lagu Hidup Dalam Mati ini juga menafikan dia melakukan pembedahan bariatrik (potong usus) untuk kurus. 

"Nak cucuk vitamin C pun saya tak berani. Apatah lagi nak potong usus. Pada saya pembedahan bariatrik diperlukan untuk mereka yang mempunyai penyakit.

"Tetapi jika untuk kurus semata-mata, saya sarankan lakukan cara lain yang lebih efektif tanpa perlu melakukan pembedahan. 

"Saya pernah lihat mereka yang buat pembedahan untuk kurus akhirnya berat badan mereka naik semula. 

"Perkara ini membuatkan saya berfikir sejenak bahawa pembedahan sahaja tidak cukup, tetapi perlu disulam dengan senaman dan diet yang sihat," ujarnya. 

Dalam perkembagan lain, suami kepada Ernie Zakri ini bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.

"Insya Allah single baharu ini akan dilancarkan pada bulan hadapan. Ini adalah single pertama saya bersama syarikat rakaman baru iaitu Warner Music Malaysia," kongsinya. - Getaran, 9 Mei 2024 

Foto : Instagram

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang