Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Fit For Action – Program Realiti Terbaharu TV3 Mencari Pelapis Pelakon Versatil 

Seramai 12 peserta bakal berentap untuk merebut gelaran juara pelakon paling versatil merangkumi pelbagai genre seperti drama, aksi dan seram.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 8:00PM

Fit For Action bertujuan mencari pelapis pelakon yang berkualiti dan berkebolehan untuk membawa kepelbagaian watak. - Gambar ihsan Media Prima 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buat julung kalinya, TV3 memperkenalkan sebuah program pertandingan realiti baharu yang berkonsepkan cabaran lakon layar dan fizikal menerusi Fit For Action untuk mencari pelakon lelaki dan pelakon wanita versatil Malaysia. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof berkata, Fit For Action bertujuan mencari pelapis pelakon yang berkualiti dan berkebolehan untuk membawa kepelbagaian watak. 

“Permintaan terhadap drama dan filem sangat tinggi dan ini menjadi cabaran kepada ramai pengarah dan penerbit untuk mendapatkan pelakon yang sesuai untuk menjiwai drama atau filem mereka. 

“Dengan adanya program realiti Fit For Action ini, ia dapat membuka ruang kepada industri seni hiburan untuk mengambil pelakon-pelakon serba boleh untuk mewarnai layar mereka dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti kandungan drama serta filem tanah air.

''Fit For Action dapat membantu industri seni tanah air dalam pencarian pelakon lelaki dan wanita terbaik. Mereka bukan sahaja dinilai menerusi penghafalan skrip dan menampilkan aura diri mereka, tetapi perlu mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang kuat termasuk disiplin diri yang tinggi. Bersesuaian dengan objektif program ini iaitu mencari pelakon yang serba boleh dan sentiasa bersedia ketika diberikan tugasan,” katanya.

Sesi uji bakat peserta telah diadakan pada awal Februari lalu dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. Namun, hanya 12 peserta terpilih yang terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan diuji keupayaan fizikal, emosi dan kebolehan berlakon pelbagai genre menerusi cabaran lakon layar (on-screen) dan cabaran fizikal.

12 peserta Fit For Action - Gambar ihsan Media Prima
12 peserta Fit For Action - Gambar ihsan Media Prima

Kesemua 12 peserta yang bertarung untuk memenangi gelaran pelakon versatil ini adalah Syahmie (Syahmie Thsa’qeef, 28 tahun), Marc (Ahmad Syahmie, 23 tahun), Amanda (Amanda Tan, 29 tahun), Zooey (Zubaidah Mohd Amir, 29 tahun), Amir (Amir Mirza, 24 tahun), Kavita (Kavita Gnanesageran, 34 tahun), Muaz (Muaz Zabir, 25 tahun), Lisa (Erne Marina Ainalisa, 28 tahun), Aidil (Aidil Afizin, 20 tahun), Raden (Raden Zaharatul, 23 tahun), Lenny (Lenny Jemat, 29 tahun) dan Danish (Danish Hakim, 19 tahun). 

Menurut salah seorang pesertanya iaitu Syahmie, tujuan dia menyertai program ini adalah untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pelakon. 

Syahmie Thsa’qeef - Gambar ihsan Media Prima
Syahmie Thsa’qeef - Gambar ihsan Media Prima

“Saya sudah cuba untuk menjadi pelakon sejak saya berusia 24 tahun lagi dan mula menghadiri sesi ujibakat sejak tahun 2018. 

“Boleh dikatakan lebih dari 20 sesi ujibakat yang telah saya hadiri tetapi belum ada rezeki lagi untuk terpilih. Dan Fit For Action adalah kali pertama saya terpilih. Jadi saya sangat teruja. 

Sejak umur 12 tahun lagi saya sudah menyimpan angan-angan untuk menjadi seorang pelakon. Nak rasa bagaimana berada di hadapan kamera. 

“Sebab itu selepas saya tamat belajar, saya cuba cari peluang untuk menjadi pelakon. Namun ketika itu belum ada rezeki. Tetapi rezeki saya lebih kepada menjadi model,” kongsinya. 

Bagi Zooey pula, dia sudah biasa bekerja di hadapan kamera sebagai pengacara dan juga pernah bergelar penyampai radio. Namun belum berkesempatan untuk bergelar pelakon. Disebabkan itulah dia mengambil peluang untuk menyertai Fit For Action. 

Zooey - Gambar ihsan Media Prima
Zooey - Gambar ihsan Media Prima

“Sebelum ini saya banyak terikat dengan kerja sebagai penyampai radio selama lima tahun bersama Era dan sebagai pengacara. Jadi saya tiada masa untuk mencuba cabang lakonan kerana jadual kerja yang padat. 

Memandangkan sekarang saya hanya terikat sebagai pengacara TV sekali seminggu sahaja, jadi saya rasa inilah peluang terbaik untuk saya ceburi bidang lakonan pula. 

Penyertaan saya dalam Fit For Action bukan sahaja peluang yang bagus untuk saya menimba ilmu dalam bidang lakonan, malah dapat menonjolkan lagi nama Zooey serta sisi saya yang berbeza,” katanya. 

Kesemua 12 peserta yang telah dipilih ini amat bertuah kerana berpeluang untuk berguru dengan jurulatih fizikal (wellness coach) iaitu Nana Al-Haleq sebagai Juri Cabaran Fizikal, serta tiga pengarah (award-winning) yang sangat berkaliber seperti Heykal Hanifah, Aziz M. Osman dan Ellie Suriaty. 

Ketiga-tiga pengarah ini banyak pengalaman dalam menerbitkan drama-drama berbentuk aksi lasak, kekeluargaan, seram, romantik komedi dan pelbagai genre lain. Apa yang menarik, program ini  juga diketuai seorang pengarah serta penerbit lagenda yang banyak menghasilkan drama dan filem-filem box-office dalam pelbagai genre iaitu Datuk Yusof Haslam. 

Manakala, dua  pengacara serba boleh dalam pelbagai bidang telah dipilih untuk mengemudi rancangan ini iaitu Fahrin Ahmad, seorang pelakon dan pengacara iaitu Fahrin Ahmad, seorang pelakon dan pengacara Hunny Madu yang berpengalaman sebagai sebagai penyampai radio, penyanyi dan pelakon. 

Fahrin Ahmad dan Hunny Madu. - Gambar ihsan Media Prima
Fahrin Ahmad dan Hunny Madu. - Gambar ihsan Media Prima

Setiap minggu, program realiti ini juga turut menampilkan juri jemputan berpengalaman untuk menilai bakat-bakat peserta, antaranya ialah Datuk Aaron Aziz, Erra Fazira, Farid Kamil, Nabila Huda, Datuk Tarmimi Siregar dan Janna Nick.

Pada setiap episod, peserta akan diberikan cabaran video lakon layar (on-screen challenge video). Mereka juga akan menerima skrip untuk menjayakan satu babak lakonan yang diberikan pengarah dan penerbit. Cabaran tersebut akan dirakam, disunting dan dihasilkan sebagai sebuah drama pendek berdurasi 3 minit bagi tujuan penjurian. 

Jangan lupa untuk bersama TV3 selama 6 minggu,  pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 3 September 2022. – Getaran 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

Ibu Fahrin Ahmad Meninggal Dunia, Jenazah Dikebumi Di Kajang

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 6 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar