Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Perjalanan Pertama' Papar Kisah Pengembaraan Singkat Datuk Dan Cucu Yang Mencuit Emosi

Filem terbitan syarikat produksi Indonesia dan Malaysia ini menampilkan pelakon Malaysia iaitu Datuk Ahmad Tarmimi Siregar sebagai teraju utama disamping pelakon cilik Muzakki Ramdhan.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 4:04PM

Ahmad Tarmimi Siregar dan Muzakki Ramdhan dalam filem Perjalanan Pertama. - Gambar ihsan publicist

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jarang sekali kita lihat pelakon Malaysia diangkat sebagai teraju utama dalam filem Indonesia. Tetapi anda bakal saksikan pelakon veteran Datuk Ahmad Tarmimi Siregar membawakan watak utama dalam filem Perjalanan Pertama pada usia 70 tahun. 

Perjalanan Pertama yang diterbitkan produksi Indonesia dan Malaysia iaitu Mahakarya Pictures dan D’Ayu Pictures  telah diarahkan pengarah muda dari Indonesia iaitu Arief Malindo. Dia juga bertindak sebagai penulis skrip untuk filem ini. 

Randy Pangalila
Randy Pangalila

Selain Ahmad Tarmimi, filem ini turut dibintangi oleh Muzakki Ramdhan, Randy Pangalila dan Adinda Thomas. Turut membuat kemunculan istimewa ialah Upiak Isil. 

Perjalanan Pertama mengisahkan tentang perjalanan seorang datuk dan cucunya yang tinggal di kampung tanah tinggi yang terletak di Sumatera Barat.

Tan lakonan Ahmad Tarmimi tinggal bersama cucunya, Yahya lakonan Muzakki.

Tan memiliki sebuah bengkel seni tentang pembuatan cincin.

Ahmad Tarmimi Siregar
Ahmad Tarmimi Siregar

Pada satu hari seorang jejaka bernama Muchtar lakonan Randy Pangalila datang ke tempatnya menempah sebuah lukisan untuk dijadikan sebagai mahar perkahwinan. Tan yang sudah lama tidak melukis, kembali melukis demi permintaan Muchtar. 

Sementara itu Yahya sering dibuli rakan sekolahnya kerana dia tidak memiliki ibu dan bapa.

Hal ini sering menjadi persoalan kepada datuknya. Yahya kecewa apabila datuknya enggan menceritakan hal yang sebenar tentang ibu bapanya.

Tan lakonan Ahmad Tarmimi menaiki vespa merah berusia 50 tahun bersama cucunya.
Tan lakonan Ahmad Tarmimi menaiki vespa merah berusia 50 tahun bersama cucunya.

Setelah lukisan yang ditempah siap, Tan mahu menghantarnya kepada Muchtar. Lalu dia memunggah stor untuk mencari skuter Vespa berwarna merah yang sudah 50 tahun tidak digunakan. 

Dia mengajak Yahya untuk ikut sama, namun pelawaannya itu ditolak. Selepas melihat datuknya berusaha memperbaiki skuter itu, dia mengubah fikiran lalu mengikut datuknya bersama sambil memegang lukisan itu di belakang.

Sewaktu berhenti seketika di sebuah bengkel, lukisan itu telah dicuri individu yang tidak dikenali yang menaiki lori kecil berwarna hitam.

Mereka berdua berusaha mengejar pencuri berkenaan di seluruh kawasan yang baru mereka terokai.

Bermacam-macam insiden yang mencuit hati berlaku sepanjang pengembaraan mereka. 

Dapatkah mereka berdua mencari pencuri berkenaan dan mendapatkan kembali lukisan yang harus diserahkan kepada Muchtar? Di akhir cerita akan terbongkar siapakah Tan yang sebenar dan siapa ibu bapa Yahya yang selama ini identiti mereka dirahsiakanTan.

Sejujurnya perjalanan filem ini agak santai dan sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Babak-babak dalam filem ini pasti mampu membuatkan penonton tersenyum dan sesekali disulami dengan kesedihan. 

Cuma ada beberapa babak yang penulis rasa agak perlahan terutamanya di awal cerita sebelum mereka memulakan pengembaraan. 

Gandingan Ahmad Tarmimi dan Muzakki juga dilihat sangat serasi biarpun jarak usia di antara mereka terlalu jauh. Mereka berdua mempamerkan lakonan yang cemerlang. 

Menurut Arief Malindo, dia memilih untuk memaparkan kehidupan masyarakat Minang kerana mempunyai persamaan budaya dengan masyarakat di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan kerana dia sendiri pernah tinggal di Seremban selama sebulan satu ketika dahulu.

Kesamaan ini boleh dilihat menerusi dialek percakapan serta makanan seperti Asam Pedas yang dipaparkan dalam filem ini. 

Selain memaparkan nilai kasih sayang kekeluargaan yang kuat dalam filem ini, Perjalanan Pertama turut menyajikan penonton dengan keindahan panorama di kawasan Bukit Tinggi Sumatra Barat yang saujana mata memandang. 

Tuntasnya filem yang mula ditayangkan pada 18 Ogos 2022 ini sesuai ditonton bersama keluarga terutamanya buat mereka yang masih memiliki datuk. Bawalah seisi keluarga menonton filem ini. Pasti menjentik jiwa. – Getaran, 18 Ogos 2022.

Rating: 3 Getar






 

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 3 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 23 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran