web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelajar OKU Penglihatan Teruja Dapat 'Tonton' Filem ‘Mat Kilau’

Seramai 108 pelajar Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Setapak merasai pengalaman pertama mereka dengan menonton filem 'Mat Kilau' dengan bantuan Pencerita daripada 22 guru pengiring.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 9:33AM

Para pelajar terbabit dibawa 'menonton' filem ‘pecah panggung’ itu untuk menyuntik nilai patriotisme dalam diri mereka selaras dengan Bulan Kebangsaan ini - Gambar Laman Facebook Yayasan Maghfirah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun tidak dapat melihat seperti orang lain namun perkara itu bukan penghalang bagi 108 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak untuk ‘menonton’ filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Nik Muhammad Ahmad Fuji, 17, meluahkan rasa terujanya apabila pertama kali merasai pengalaman menonton di pawagam apatah lagi filem pecah panggung itu, menerusi usaha Yayasan Maghfirah. 

“Saya sangat teruja kerana ini pengalaman pertama saya menonton wayang dan ini juga kali pertama saya rasa (suasana menonton) filem (di pawagam), yang saya rasa Wow!“ katanya kepada pemberita di Wangsa Walk Mall di sini hari ini. 

Pelajar kategori B1 (Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sepenuhnya) itu turut mendapat bantuan dari segi penceritaan daripada rakannya yang merupakan pelajar B2 (OKU rabun teruk) untuk lebih memahami dan berimaginasi semasa menonton filem berkenaan. 

“Kalau sesetengah babak contohnya ketika berlawan-lawan tu, kawan sebelah yang ceritakan kepada kita. Kalau adegan yang dia cakap-cakap itu, kita memang tak nampak tapi kita faham berdasarkan fahaman kita sendiri,” katanya.

Berkongsi perasaan sama, Shauki Ahmad Ariffin, 14, berkata filem bertemakan sejarah itu sangat dekat di hatinya kerana ia menitikberatkan nilai patriotisme yang tinggi selain ditayangkan hampir dengan sambutan Bulan Kebangsaan.

Pengetua sekolah itu Zaidah Mahadi turut melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang membawa pelajar terbabit yang terdiri daripada 40 OKU cacat penglihatan sepenuhnya dan 68 orang daripada kategori tidak nampak untuk mengikuti serta menonton filem berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah Shuib Norudin pula berkata tujuan pihaknya membawa pelajar terbabit menonton filem ‘pecah panggung’ itu ialah untuk menyuntik nilai patriotisme dalam diri mereka selaras dengan Bulan Kebangsaan ini. 

“Kita mahu mereka mengambil semangat perjuangan Mat Kilau untuk disematkan dalam diri mereka bagi meneruskan kehidupan di masa hadapan,” katanya. 

Beliau berharap inisiatif yang dijalankan oleh pihaknya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU juga adalah sama seperti orang lain. 

Majlis tayangan hari ini ditaja oleh pihak Wangsa Walk. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar Ditahan Bantu Kes Cabul 14 Pelajar OKU

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit 'Mat Kilau' Jawab Tuduhan Zul Hassan Tentang RM150,000, 'Kami Tiada Hutang Dengan Mana-Mana Pembekal!'

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit Janji Prekuel Mat Kilau Lebih Menarik Walaupun Tiada Adi Putra, Beto Kusyairi, Syamsul Yusof

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘RM50 Juta Sikit Sebenarnya, Tapi Memadailah Sebagai Permulaan,’ - Penerbit Mat Kilau

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 8 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...