web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beto Lebih Layak Bawa Watak Mat Kilau? Ini Respons Adi Putra

Itu pandangan masing-masing, apa pun kedua-dua pelakon ini sama hebat.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 8:00PM

Adi Putra tidak melatah sebaliknya merasakan ia sekadar rezeki yang diberikan Allah kepada dirinya. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan usahawan Datuk Adi Putra tidak berasa tersinggung lakonannya di dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dibandingkan dengan persembahan yang ditunjukkan rakan pelakonnya, Beto Kusyairy.

Memberikan respons beberapa komen warganet yang beranggapan watak Mat Kilau akan jauh lebih menyerlah sekiranya ia dibawakan Beto Kusyairy, Adi Putra tidak melatah sebaliknya merasakan ia sekadar rezeki yang diberikan Allah kepada dirinya untuk menjadi peneraju utama filem bergenre epik biografi sejarah ini.

“Seperti pujian saya sebelum ini, saya memang merasakan Beto sebagai seorang pelakon berbakat yang serba boleh. Jadi tak ada masalah sekiranya dia yang membawakan watak Mat Kilau. Cuma mungkin sudah tertulis kali ini rezeki saya membawakan watak ini.

“Watak Mat Kilau terbatas kerana ia perlu selari dengan apa yang dicatatkan di dalam sejarah. Inilah cabaran pelakon kerana mereka perlu menyampaikan watak itu sesuai dengan kemampuan mereka.

“Sukar sebenarnya untuk meyakinkan mata dan jiwa penonton terhadap sesuatu watak yang kita bawakan. Saya rasa jika Beto yang bawakan watak ini, dia pun akan berhadapan kesukaran yang sama,” katanya kepada Getaran.

Beto Kusyairy
Beto Kusyairy

Menurutnya lagi, perbandingan ini hanyalah sekadar reaksi dan pandangan yang dilontarkan penonton.

Namun apa yang lebih penting ialah masyarakat harus tetap menyokong para pelakon berbakat agar kehadiran mereka di dalam industri akan tetap diingati.

“Antara saya dan Beto, tidak ada sesiapa yang rasa siapa lebih layak membawakan watak ini berbanding sesiapa. Ini adalah perbandingan yang dibuat oleh masyarakat di luar sana.

“Bagi saya mana-mana pelakon serba boleh harus diketengahkan agar selalu diangkat oleh masyarakat. Maklumlah, kita pun bersilih ganti dengan pelakon baharu yang sedia ada.

“Apa pun, Beto hebat. Itulah yang saya boleh katakan,” tambahnya.

Terdahulu, Adi Putra pernah menolak tawaran pengarah, Syamsul Yusof untuk menjayakan watak Mat Kilau.

Namun, melihat kesungguhan Syamsul yang menginginkannya membawakan watak tersebut, Adi Putra akhirnya bersetuju memegang watak tokoh besar itu selepas dua kali dilamar.

Setakat hari ini, Mat Kilau mencatatkan kutipan sebanyak RM71 juta setelah tiga minggu tayangan menjadikannya karya paling laris dalam sejarah perfileman Malaysia. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti Palestin

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Kekal Arahkan 'The Original Gangster', Beto Kusyairy Tak Tarik Diri – Pengarah Eksekutif

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Imaginur' : Keliru Tetapi Syahdu

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit 'Mat Kilau' Jawab Tuduhan Zul Hassan Tentang RM150,000, 'Kami Tiada Hutang Dengan Mana-Mana Pembekal!'

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN