web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cipta Sejarah, Mat Kilau Filem Terlaris Malaysia Sepanjang Zaman

Berjaya mengutip  RM53 juta dalam masa 13 hari tayangan, mampukah Mat Kilau atasi filem Avengers : The End Game yang meraih kutipan  tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak  RM87 juta?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2022 12:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seperti yang sudah dijangka, filem epik Mat Kilau kini menjadi filem terbitan Malaysia yang paling tinggi kutipan dalam sejarah.

Sebelum ini, Munafik 2 memegang takhta filem terlaris, tetapi kini rekod itu telah dicantas oleh Mat Kilau di mana kedua-dua filem ini diarahkan  pengarah yang sama iaitu Syamsul Yusof.

Mat Kilau yang diterbitkan Studio Kembara berjaya mencatat jualan tiket sebanyak RM53 juta sepanjang 13 hari ditayangkan, manakala Munafik 2 terbitan Skop Productions pula mengumpul sebanyak RM48 juta dalam masa sebulan lebih.

Kutipan Mat Kilau dijangka akan terus meningkat sehingga RM60 juta ataupun lebih berdasarkan sambutan yang masih hangat diberikan  penonton Malaysia. 

Menerusi hantaran di Instagram, Syamsul meluahkan rasa syukur kerana filem arahannya ini berjaya memecahkan rekod filemnya sendiri.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang DM saya. Saya tak dapat nak baca satu-satu. Setakat ini filem Mat Kilau telah pun mengumpul sebanyak RM53 juta. 

“Luar biasa kuasa Allah.  Biarpun hari bekerja, pawagam masih penuh. Filem Malaysia boleh pergi jauh. Allah maha hebat,” katanya dalam video itu.

Rekod kutipan filem paling tinggi di Malaysia masih dipegang filem Hollywood terbitan Marvel iaitu Avengers : The End Game yang berjaya mengumpul sebanyak RM87 juta. Mampukah filem Mat Kilau mengatasi rekod ini? Sama-sama kita nantikan. – Getaran, 7 Julai 2022

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Penerbit 'Mat Kilau' Jawab Tuduhan Zul Hassan Tentang RM150,000, 'Kami Tiada Hutang Dengan Mana-Mana Pembekal!'

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kehilangan, Pembaziran RM158.08 Juta Dikesan Di 3 Kementerian, 4 Jabatan

4

TARA 3 tahun yang lalu

Mechamato Movie Raih Kutipan RM5 Juta Dalam Tempoh 3 Hari

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN