web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beto Kusyairy Bawa Tiga Watak Dalam Scammer Musim Kedua 

Drama Scammer Musim Kedua kali ini menampilkan gandingan pelakon Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah dan penceritaannya tidak punya kesinambungan dengan Scammer Musim Pertama. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 4:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menjayakan musim kedua untuk sebuah drama bersiri yang popular serta mempunyai pengikut yang ramai seperti 'Scammer' bukanlah suatu tugas yang mudah buat aktor berkaliber, Beto Kusyairy. 

Bahkan, Beto akui pasti ramai yang akan cuba membandingkan penglibatannya di dalam 'Scammer Musim Kedua' dengan 'Scammer Musim Pertama' yang sebelum ini dibintangi Kamal Adli bersama Siti Saleha.

“Saya tidak berasakan ia suatu tekanan buat saya kerana dari sudut penceritaan, musim kedua dengan musim pertama 'Scammer' ini langsung tidak mempunyai apa-apa kesinambungan.

“Itu memberikan saya kelegaan kerana jika watak dan penceritaannya sama, kita pasti akan cuba untuk jadi lebih baik daripada musim yang pertama. 

“Namun, memandangkan 'Scammer Musim Kedua' masih lagi mengekalkan produksi dari 'Scammer Musim Pertama', jadi mereka tetap mahu jadikan musim kali ini lebih baik lagi,” katanya kepada Getaran.

Drama 24 episod, 'Scammer Musim Kedua' arahan Norhanisham ‘Labu’ ini menampilkan barisan pelakon Beto Kusyairy, Zahiril Adzim dan Farah Nabilah ini telah pun bersiaran di Astro Ria sejak 18 April  lalu, setiap  Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. 

Menceritakan lebih lanjut tentang penglibatannya di dalam 'Scammer Musim Kedua', Beto berkata setiap kali menerima atau bersetuju untuk sesuatu projek, dia menganggap ia sebagai suatu tanggungjawab untuk merealisasikan watak yang diberikan.

“Dalam Scammer Musim Kedua ini, saya diberikan tanggungjawab untuk memainkan tiga watak sekaligus iaitu watak asal, Taqriz serta watak dalam misi iaitu Takim dan Taufiq.

“Membawakan ketiga-tiga watak ini, tuntutan dari sudut emosi dan fizikal sama berat kerana ia memerlukan pembawaan emosi yang pelbagai dan pada waktu yang sama perlu menguasai babak-babak aksi yang banyak. 

“Tapi saya enjoy. Ia juga suatu keseronokan buat saya kerana ia mampu  mencabar kemampuan dan kredibiliti  saya sebagai seorang aktor,” katanya lagi. 

Drama bersiri musim kedua terbitan Radius One ini membawa penonton mengenali modus operandi scammer dengan lebih dekat kerana isu yang dibawakan lebih mengena dan berkaitan dengan audiens semasa.

Setiap plot cerita yang diberikan membuatkan penonton boleh berasa dekat atau terkait terutama yang berkaitan dengan isu balas dendam, hubungan kekeluargaan, persahabatan dan pengkhianatan. Namun sisi unik penceritaan 'Scammer 1' tetap dikekalkan dalam drama 'Scammer 2'. 

'Scammer Musim Kedua' ini mengisahkan Taqriz (lakonan Beto Kusyairy) yang mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam sebuah penjualan tanah di kampung.

Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (lakonan Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz menawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz pula tidak percayakan sesiapa. 

Sasaran Taqriz ialah Muna (lakonan Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (lakonan Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan menjadikan arwah ayah Taqriz, sebagai kambing hitam. Untuk menyelinap masuk dalam syarikat Muna, Taqriz mempergunakan Liya (lakonan Farah Nabila), seorang bekas ‘con artist’  yang diburu polis untuk menyamar sebagai pekerja baharu syarikat Muna. - Getaran, 28 April 2022

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Beto Kusyairy Kemalangan Ketika Sertai Konvoi Solidariti Palestin

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Kekal Arahkan 'The Original Gangster', Beto Kusyairy Tak Tarik Diri – Pengarah Eksekutif

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Imaginur' : Keliru Tetapi Syahdu

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Projek: High Council’ Dedah Kisah Masalah Buli Dan Diskriminasi Di Asrama!

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

oleh Sophia Ahmad