Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Ambulance': Keserasian Abdul Mateen, Jake Gyllenhaal Menjadi

Jalinan aksi dan drama diadun cermat dan di tangan Michael Bay, Ambulance berjaya menjadi sebuah filem yang mencemaskan, menghiburkan dan membuatkan penonton terpaku di bangku pawagam.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 1:33PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Naskhah terbaharu yang disutradarai Michael Bay ternyata sangat berwarna-warni. Filem 'Ambulance' yang memakan masa selama dua jam tayangan ini menceritakan tentang dua beradik, Danny lakonan Jake Gyllenhaal dan Will lakonan Yahya Abdul Mateen. Ini ialah filem buatan semula naskhah dengan judul yang sama dan pernah ditayangkan pada tahun 2005 dalam bahasa Danish oleh Laurits Munch-Petersen dan Lars Andreas Padersen.

Filem ini menelusuri dua watak yang berusaha menjayakan cubaan rompakan mega di sebuah bank di Los Angeles; Danny memujuk adik angkatnya Will, seorang bekas tentera laut, yang kebetulan terdesak memerlukan duit untuk membiayai pembedahan barah isterinya dan sukar mencari kerja untuk menyara keluarga yang masih mempunyai anak kecil.

Rompakan ini, dalam perancangan asalnya, hanyalah satu rompakan konvensional yang mudah seperti selalu kita lihat dalam berita dan di kaca TV –  rompak, lari sejauh mungkin dan hasil rompakan dibahagi sama rata.

Namun seperti mana dialog yang dibuka oleh tagline filem ini: "it was supposed to be a simple heist”, rompakan ini tidak berlaku semudah itu. 

Ada unsur drama direncahkan apabila Danny dan Will menawan sebuah ambulans untuk keluar daripada bank tersebut, dan di dalamnya turut bersama seorang paramedik Cam Thompson (lakonan Eiza Gonzalez) dan seorang pegawai polis yang tercedera akibat ditembak secara tidak sengaja oleh Will.

Di dalam perut ambulans, interaksi empat watak ini terutama Danny-Will-Cam membuahkan naratif yang mendebarkan, apatah lagi dalam masa yang sama berlakunya kejar-mengejar antara ambulans tersebut dengan pasukan polis. Mereka kemudian menjadi topik tumpuan satu negara.

Jalinan aksi dan drama diadun cermat dan di tangan Michael Bay, 'Ambulance' berjaya menjadi sebuah filem yang mencemaskan, menghiburkan dan membuatkan penonton terpaku di bangku pawagam.

Bagi penulis secara peribadi, babak pertama (first act) filem ini terasa agak berlebihan dari segi durasi di mana lakon layarnya agak mendatar. Tiada perkembangan yang signifikan. Tetapi pembukaan 10 minit pertama dalam adegan rompakan di bank banyak menyelamatkan keseluruhan filem ini.

Namun, masuk sahaja babak kedua, tempo ceritanya bergerak laju. Saspensnya begitu terasa, terutama pada babak di mana Cam, yang hanya bertugas dengan ilmu pertolongan cemas, terpaksa melakukan pembedahan mengeluarkan peluru di bahagian perut pegawai polis yang tercedera.

Keserasian Jake Gyllenhaal bersama Yahya Abdul Mateen juga wajar diberikan mata merit. Kedua-duanya tidak sekadar menghidangkan lakonan yang mengesankan, malah berimpak dan beremosi kepada penonton.

Bukan mudah untuk melakonkan keseluruhan babak yang hampir 80% bergerak dalam sebuah ruang yang terhad. Namun, kedua-dua pelakon hebat ini berjaya membuktikan bahawa latar yang sempit mampu memaksimumkan drama dan aksi jika dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Jake Gyllenhaal juga nampaknya semakin selesa menjayakan watak-watak antagonis, selepas menjayakan watak villain Mysterio di dalam filem Spider-Man: No Way Home (dan tentunya, dalam kisah percintaannya bersama Taylor Swift)

Secara keseluruhannya, 'Ambulance' ialah sebuah filem bertih jagung yang tipikal, tetapi seperti mana filem-filem garapan Michael Bay sebelumnya, elemen aksi dan drama diadun dengan sangat sempurna dan menghiburkan. - Getaran, 31 Mac 2022

3.5 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 17 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 13 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

Bayi lelaki seberat 3.06 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran