Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Anjakan Baharu Muzik Malaysia, ‘Pelukan Angkasa’ Juarai AJL36

Lagu ‘Pelukan Angkasa’ dendangan Sekumpulan Orang Gila (SOG) bersama Shila Amzah berjaya memukau juri dengan persembahan hebat dan disifatkan sebagai anjakan baharu landskap muzik tempatan. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2022 12:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu pengiktirafan buat pemuzik indie apabila lagu 'Pelukan Angkasa' dendangan Sekumpulan Orang Gila (SOG) kolaborasi bersama Shila Amzah telah dijulang sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) malam tadi.

Lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamuddin itu telah berjaya memikat hati juri serta memukau seluruh penonton di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernila RM100,000 beserta trofi bersalut emas.

Menurut ketua juri pada malam itu iaitu Datuk Mokhzani Ismail, lagu ‘Pelukan Angkasa’ membawa satu anjakan yang berbeza dalam landskap muzik negara.  

Mokhzani menyifatkan semua kriteria yang dicari juri ada pada lagu 'Bunga Angkasa'.
Mokhzani menyifatkan semua kriteria yang dicari juri ada pada lagu 'Bunga Angkasa'.

“Kumpulan SOG datang dengan satu pakej yang membawa kelainan. Setiap ahli kumpulan ini membawakan peranan yang tersendiri. Apatah lagi dengan kehadiran Shila Amzah. 

"Lagu ini mempunyai banyak elemen menarik seperti unsur tradisional dan rap. Pelbagai sudut boleh dinilai tentang lagu ini.

"Saya rasa semua elemen yang menjadi kriteria penting dalam penciptaan lagu seperti lirik yang baik, susunan melodi, impak dan penyanyi yang mampu membuat persembahan secara langsung ada dalam lagu ini. Jadi, disebabkan itulah semua juri sebulat suara menobatkan lagu ini sebagai juara,” katanya

Sementara itu bagi kumpulan SOG, mereka tidak menyangka sama sekali apabila lagu yang dihasilkan tiga tahun lalu akhirnya diangkat di pentas berprestij. 

Menurut vokalis SOG, Raja Nazrin, mereka pernah berangan untuk ke pentas AJL tetapi tidak pernah terfikir akan meraih kejayaan sebesar ini.  

“Kumpulan SOG memang tidak tertumpu kepada pasaran muzik komersial kerana kami berkarya seikhlas hati, lebih kepada untuk jiwa sendiri. Bila dah masuk AJL,  tak sangka perkara yang kami guraukan akhirnya menjadi kenyataan. Alhamdulillah,” jelasnya. 

Kolaborasi terbaik SOG dan Shila Amzah.
Kolaborasi terbaik SOG dan Shila Amzah.

Sementara itu, Shila Amzah sangat berbesar hati dan bersyukur dapat berkolaborasi dengan SOG. 

“Saya rasa ini peluang yang sangat bermakna untuk diri ini. Kali ini saya rasa lebih relaks. Sebelum ini setiap kali sertai AJL saya tulis lagu sendiri dan menyanyi sendiri jadi perasaan gementar itu lain macam. Namun, bersama SOG tenaga mereka sangat banyak, jadi saya pun tak sempat nak rasa penat. 

Mengulas lanjut mengenai kolaborasi ini, kata Shila dia sudah mengenali kumpulan SOG sejak 2009 lagi. 

“Mereka selalu lepak di rumah saya, main bola dengan adik lelaki saya. Untuk lagu ‘Pelukan Angkasa’ mereka perdengarkan kepada saya pada 2018. Ketika itu saya sibuk ulang-alik ke China dan mereka pula ada rakaman di Paris tetapi saya tidak dapat turut serta. Jadi, lagu ini saya rakam pada 2019 ketika hamil lima bulan,” kata Shila.  

Tuah berpihak kepada Marsha Milan selepas 16 tahun bergelar penyanyi apabila dia akhirnya berjaya menggenggam trofi AJL selepas dinobatkan sebagai Naib Juara serta pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagi ‘Cinta’ ciptaan Hang Nadim (Akim Ahmad) dan Bunga Cantik (Stacy Anam).

Persembahan bertenaga alumni Akademi Fantasia 3 ini berjaya memukau penonton di dewan dan juga di rumah dengan kemantapan vokalnya yang sarat emosi. 

“Tak tahu nak cakap macam mana kerana saya tidak menjangkakan kemenangan ini. Sebenarnya banyak halangan untuk menghasilkan lagu ini. Lagu ini pernah hilang dari sistem komputer. Tetapi saya beritahu Akim dan Stacy saya nak juga lagu ini. Persiapan untuk persembahan di pentas AJL pun ketika saya bergelut dengan masalah kesihatan. Ia sangat sukar buat saya di atas pentas tetapi saya berikan 200 peratus. Alhamdulillah, niat saya adalah untuk mencari kepuasan diri sendiri dan memberitahu semua orang bahawa inilah kerja keras saya selama 16 tahuni. Terima kasih kepada Stacy dan Akim. Kerana lagu merekalah saya berada di sini hari ini,” ujarnya. 

Sebagai Naib Juara, pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernili RM50,000 beserta trofi. Manakala untuk persembahan terbaik pula, Marsha menerima hadiah wang tunai bernila RM18,000 beserta trofi. 

Tempat ketiga pula disandang penyanyi popular, Haqiem Rusli menerusi lagu ‘Mimpi’ ciptaan bersama Datuk A. Aida. 

Datuk A. Aida ketika ditemui di sidang media berkata, dia sedikit kecewa kerana mengharapkan lagu ini menjadi juara. 

“Saya memang yakin dengan lagu ini sebab setiap kali saya buat lagu, apabila ada keyakinan itu, InsyaAllah ke AJL. Sama juga macam saya buat lagu untuk Hafiz dulu. Jadi bila saya dengar Haqiem menyanyi di studio, memang saya yakin lagu ini akan ke AJL,” katanya. 

Satu lagi trofi yang menjadi idaman setiap peserta yang bertanding sudah semestinya Anugerah Vokal Terbaik. Dan kali ni, selepas tiga kali bertanding, akhirnya Aina Abdul berjaya menggenggam trofi idamannya itu menerusi persembahan mantapnya menyampaikan lagu ‘Sepi’.

“Saya memang mengimpikan anugerah ini senjak kali pertama masuk AJL menerusi lagu ‘Sumpah’. Saya penyanyi yang sangat sukakan ilmu vokal. Bila diberi pengiktirafan sebegini saya rasa ia sesuatu yang tak disangka kerana saya dengar semua penyanyi lain menyanyi hari ini saya pun jadi gerun. Terima kasih kepada semua juri yang memberi kemenangan ini.

Selain memenangi kategori vokal, Aina turut membawa pulang Anugerah Penyanyi Popular AJL yang dikongsi bersama Khai Bahar menerusi lagu ‘Nafas Cinta’. 

Persembahan pada malam AJL36 telah diadili barisan juri yang terdiri daripada LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Datuk Habsah Hassan, Mike Chan, Altimet, Helen Yap, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan diketuai oleh Datuk Mokhzani Ismail. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kita jumpa lagi di AJL edisi yang ke 37. Kepada SOG, semoga terus mekar mengukir nama di gelanggang seni tanah air. - Getaran, 7 Mac 2022

Gambar: Helmi Anuar (IPHONE13 PRO MAX)

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 minggu yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Shila Amzah, Ubai Kongsi Berita Kehamilan

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Haqiem Rusli Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Mahu Menjaga Hati, Shila Amzah Tunggu Ibu Ubai Selesai Rawatan Kanser Untuk Umum Tarikh Kahwin

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 10 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN