Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Finalis AJL36 Mahu Beraksi Dengan Penuh Semangat 

Rata-rata finalis sudah rancak melakukan persiapan dan mahu sajikan persembahan terbaik di pentas Anugerah Juara Lagu 36.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 7:27PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, debaran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) semakin dirasai dan masa sama persiapan  rancak sedang dilakukan kesemua 12 finalis bagi memastikan mereka dapat memberikan persembahan terbaik dan cemerlang pada malam kemuncak anugerah prestij tersebut. 

Bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 6 Mac, 9 malam di TV3, AJL36 menyaksikan 12 lagu bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran Juara Lagu. 

Portal Getaran paparkan kata-kata akhir beberapa finalis tentang persiapan dan harapan mereka sebelum beraksi di pentas AJL. 

Haqiem Rusli

"Sasaran paling utama saya adalah untuk memberikan persembahan yang meninggalkan kesan kepada penonton. Dalam AJL36 kali ini, saya mempertandingkan dua lagu iaitu 'Mimpi' dan 'Lara'. Saya mahu persembahan saya itu nanti diingati. 

Jauh di sudut hati sudah tentu saya inginkan kemenangan tetapi jika rezeki bukan berpihak kepada saya, ia tetap okay kerana berada di pentas AJL itu sendiri bagi saya adalah suatu pencapaian yang besar. Setiap tahun, banyak lagu diterbitkan dan beribu lagu dipertandingkan.

Namun, dalam beribu lagu itu, karya kami yang terpilih. Buat masa ini, saya banyak melakukan latihan vokal serta berjoging dan berenang untuk menjaga stamina. Saya juga banyak duduk di rumah kerana perlu menjaga kesihatan diri. Apapun, saya memang rindu beraksi di pentas AJL36."

Bunga 

"Beraksi pertama kali di pentas AJL36 sememangnya memberikan tekanan kepada saya. Apatah lagi apabila membawakan lagu yang berunsur tradisional dan moden seperti 'Intan Payung'. 

Untuk koreografi 'Intan Payung', kami cuba tampilkan dua kumpulan penari yang berbeza bagi memeriahkan lagi lagu ini. 

Walaupun mungkin ramai sudah menjangkakan persembahan Kak Ani (Noraniza Idris) dalam lagu ini, kami akan cuba hasilkan sesuatu di luar jangkaan dan kami  mahu memberikan persembahan terbaik."

Siti Nordiana

"Untuk persiapan AJL36, saya banyak membuat persiapan emosi dan melakukan latihan vokal. Selain itu, saya juga bersenam kerana ia dapat membantu saya membawakan lagu 'Angkara' dengan stabil dan bertenaga. 

Seperti yang ramai sedia maklum, 'Angkara' memang sukar dipersembahkan kerana melodi dan liriknya banyak menggunakan nyanyian yang berulang-ulang." 

Shila Amzah

"Persiapan AJL36 dan kehidupan peribadi saya adalah dua perkara yang berbeza. Sebagai seorang manusia, ia secara tidak langsung memberikan kesan.

Namun, dalam AJL36 kali ini, saya tidak keseorangankerana bakal beraksi dengan kumpulan SOG menerusi lagu 'Pelukan Angkasa'. Tenaga mereka pasti membuatkan saya bersemangat untuk melupakan hal-hal peribadi. 

Tentang kelainan dalam AJL36, kombinasi saya bersama SOG itu sendiri membawa suatu kelainan yang ketara beserta dengan iringan orkestra dalam persembahan kami." 

Raja Nazrin (SOG)

"Kami tak sabar beraksi di pentas AJL nanti. Alang-alang membuat persembahan, sudah tentu kami meletakkan harapan yang besar walaupun ini penyertaan pertama kami. 

Menyentuh tentang kekuatan lagu ini, kita kena fikir bagaimana juri menilai AJL kali ini. Kalau ikutkan dari segi pemarkahan secara teknikal, lirik dan lagu haruslah ada keberkesanan. Ia harus mencukupi dalam semua aspek. 

Dalam AJL36, kesemua lagu yang dibawakan 12 finalis ini sangat luar biasa. Tapi untuk mengatakan lagu kami lebih menonjol berbanding lagu lain kerana ia menampilkan kelainan, itu belum menjanjikan ia karya yang bagus. 

Marsha Milan 

Bagi saya, 'Cinta' adalah sebuah lagu yang berpotensi. Bukan sebab saya menyanyikan lagu ini, tetapi kerana ia dicipta kawan saya. Lagu ini bukan sahaja sukar dari segi teknik vokal tetapi liriknya juga. Sebab, ia banyak mengingatkan saya pada diri saya dan apa yang berlaku dalam diri selama ini. 

Sebenarnya, saya tidak melihat AJL sebagai pertandingan. Bukan sebab saya bagus tapi saya rasa semua ada keupayaan, keistimewaan dan kehebatan masing-masing dan ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan ini. Jadi, diharap persembahan saya nanti berjalan lancar.  

Aina Abdul 

"Alhamdulillah, kali ini saya mara dengan dua lagu iaitu 'Sepi' dan 'Nafas Cinta'. Ini adalah kali pertama saya bertanding dengan dua lagu, jadi tekanannya juga berbeza kerana saya perlu persembahkan dua karya dalam mood dan perceritaan yang berbeza.  

Sebuah lagi lagu, memerlukan saya untuk tampil dengan mood yang gembira dan penuh cinta manakala sebuah lagi lagu pula tentang pembakar semangat. Saya akan cuba fokuskan maksud kedua-dua lagu ini dalam persembahan saya 

Tentang pakaian, saya masih mahu orang bercakap tentang penampilan saya. Tapi, kali ini saya tidak mahu pakaian saya itu menjadi parodi dengan cara yang jelek. Apa yang cuba saya tampilkan adalah pakaian yang dapat menggambarkan kisah lagu saya."

Kesemua 12 lagu tersebut adalah ‘Mimpi' dendangan Haqiem Rusli (komposer dan lirik:  Haqiem Rusli dan Datuk A Aida), ‘Sepi’ - Aina Abdul (komposer: Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria), ‘Nafas Cinta’ - Khai Bahar dan Aina Abdul (komposer: Khai Bahar dan Aina Abdul, lirik: Aina Abdul dan Wan Zakaria). ‘Boneka’ - Ernie Zakri (komposer dan lirik: Omar K, Hugh dan Firdaus Rahmat), ‘Purnama’ - Naim Daniel (komposer: Amzar Radza dan Naim Daniel, lirik: Amzar Razqa) dan 'Pelukan Angkasa' - SOG X Shila Amzah (komposer: Raja Nazrin Shah, lirik: Fazleena Hishamuddin).

Turut tersenarai ‘Intan Payung’ - Noraniza Idris dan Bunga (komposer: Luca Sickta, Bunga dan Amzar Razqa, lirik: Bunga dan Siqma), ‘Salahku’ – Yonnyboii (komposer dan lirik: Yonninoii), ‘Aewo’ - Shiha Zikir menampilkan Noki (komposer: Ezra Kong, lirik: Ezra Kong dan Noki), ‘Lara’ - Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli (komposer: Hael Husaini dan MFMF, lirik: Hael Husaini, Naim Daniel, ‘Angkara’ – Siti Nordiana (Komposer: Sharon Paul, lirik: Fedtri Yahya & Nana Alias) dan  ‘Cinta’ – Marsha Milan (Komposer: Bunga Cantik & Hang Nadim, lirik: Hang Nadim) 

AJL36 dikendalikan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai hos utama, manakala  Karpet Merah AJL 36 akan dihoskan Sissy Imann dan Sean LJE yang akan bersiaran di TV9 dan YouTube TV3 Malaysia dari jam 8.30 malam hingga 9.00 malam. - Getaran, 2 Mac 2022

Gambar: Instagram artis terbabit

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRN: Negeri Belum Maklum Tarikh Bubar DUN Diminta Umum Segera, Mudahkan Persiapan

Sorotan

1

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

2

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

3

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

5

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

6

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

7

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Digelar Ratu Soundtrack, Adira Anggap Diri Bertuah 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 14 jam yang lalu

Adaptasi Memoir Seorang Guru, Kisah Seorang Guru Panas Baran

Kisah yang diadaptasi daripada novel karya penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988, Azizi Abdullah.

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

Walaupun berlangsung secara tertutup, gambar dan video yang dikongsi di media sosial mengundang kritikan terutama membabitkan busana nikah yang dianggap kurang...

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Hail Amir Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Paru-Paru

oleh Wartawan Hiburan Getaran