web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN: Negeri Belum Maklum Tarikh Bubar DUN Diminta Umum Segera, Mudahkan Persiapan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 8:30PM

BERSIH memaklumkan, pihaknya menyeru agar semua negeri berkenaan bertindak secara bertanggungjawab dengan memaklumkan secara rasmi kepada SPR tarikh pembubaran dirancang, - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan di negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh terdekat tetapi masih belum memaklumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diseru segera berbuat demikian, bagi mengelakkan pelbagai pihak terkesan dan menunggu tanpa kepastian.

Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) memaklumkan, pihaknya menyeru agar semua negeri berkenaan bertindak secara bertanggungjawab dengan memaklumkan secara rasmi kepada SPR tarikh pembubaran dirancang, sama ada secara automatik dengan penggenapan penggal atau lebih awal dengan perkenan Istana.

“Kami (BERSIH) menegaskan bahawa ketidaktentuan tarikh pilihan raya adalah sesuatu membebankan, selain merunsingkan orang ramai dan perniagaan yang sedang menanti-nanti pengumuman hari mengundi untuk pilihan raya negeri (PRN) bagi enam negeri tahun ini.

“Walaupun BERSIH mengambil maklum bahawa ada beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sudah menghadap Sultan dan Yang di-Pertua negeri untuk mendapat perkenan pembubaran DUN masing-masing, sehingga kini masih ada tidak mempunyai pemakluman rasmi kepada SPR mengenai tarikh pembubaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemakluman tarikh pembubaran segera itu, membolehkan SPR menentukan tarikh penamaan dan hari pengundian dengan cepat kerana suruhanjaya berkenaan tidak perlu menunggu pembubaran berlaku, sebaliknya hanya memerlukan makluman rasmi daripada kerajaan negeri.

Pada masa sama, katanya, pengumuman tarikh pilihan raya lebih awal dapat memudahkan perancangan semua pihak terbabit, seperti petugas dan pegawai pilihan raya, parti politik, pasukan keselamatan serta pelbagai perniagaan.

Malah, paling utama katanya, adalah memudahkan perancangan pengundi agar mereka dapat merancang jadual aktiviti dengan lebih baik untuk mengundi pada PRN.

“Jika menunggu untuk pembubaran berlaku, tarikh pembubaran yang terlewat mengikut laporan media sekarang mencecah 30 Jun (Negeri Sembilan), sembilan hari disia-siakan untuk SPR menunggu,” katanya.

Enam negeri akan mengadakan PRN, iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.

Kelmarin, kerajaan Selangor mengumumkan pentadbirannya sudah menerima perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya DUN dibubar berkuat kuasa 23 Jun ini.

Terdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, DUN masing-masing akan dibubarkan pada hujung Jun ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut menjangkakan DUN dibubarkan pada hujung bulan ini.

Manakala, SPR sudah dimaklumkan mengenai pembubaran DUN Kelantan, esok.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow pula memberitahu, beliau akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada 27 Jun ini untuk memohon pembubaran DUN. - Getaran, 21 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Program Rancakkan MADANI Bermula Esok, Hadiah Isttimewa Menanti Pengunjung

2

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

3

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad