web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Jepak: Proses Pengundian Berjalan Lancar - Pengerusi SPR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 2:48PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh (empat, kanan) meninjau pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Jepak di Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak, Bintulu, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat tengah hari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

"Semua pengundi juga telah menjalankan proses pengundian dengan baik dan tiada gangguan oleh mana-mana pihak, keadaan tenang dan aman," katanya selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu, di sini hari ini.

Dalam pada itu Abdul Ghani menyeru pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

"Saya menyeru semua pengundi agar dapat keluar mengundi supaya kita mampu mencapai sasaran 65 peratus keluar mengundi bagi PRK ini. Sasaran ini tidak mustahil kerana kita lihat cuaca juga baik," katanya.

Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi merekodkan sebanyak 37 peratus.

PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee; calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chieng Lea Phing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

2

Politik 2 tahun yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad