Berita Terkini

2 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


'Fantasy Island' Terbaharu Bawa Isu Masyarakat Hari Ini!

Selama 10 episod bersiaran, penonton akan dibawa mendekati fantasi serta masalah yang dialami oleh masyarakat kita pada abad ke-21 ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 5:11PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebenarnya pada tahun 70-an, sebuah siri bertajuk 'Fantasy Island' pernah menjadi perhatian di Amerika. Ia mengisahkan tentang sebuah pulau mistik yang akan memakbulkan segala hajat dan keinginan seseorang.

Namun begitu, siri tersebut telah berhenti ditayangkan pada pertengahan tahun 80-an.

Kini, AXN bakal membawakan siri ini kembali bermula 3 Mac ini dengan suasana serta nuansa fantasi yang baharu kepada penonton.

Selama 10 episod bersiaran, penonton akan dibawa mendekati fantasi serta masalah yang dialami oleh masyarakat kita di abad ke-21 ini. 

'Tuan rumah' pulau ini ialah Elena Roarke yang dilakonkan oleh Roselyn Sanchez yang bakal menyambut tetamu serta merealisasikan keinginan tersembunyi mereka. 

Menerusi episod pilot drama tersebut, ia mengangkat beberapa masalah dan tema yang menarik, antaranya ialah masalah pemakanan.

Dalam episod pertama, seorang pengacara bernama Christine Collins lakonan Bellamy Young mempunyai keinginan untuk makan apa sahaja tanpa perlu risau berat badannya akan naik. 

Bukan hanya Collins, malah ada juga seorang wanita bernama Ruby Akuda telah menghidapi penyakit berbahaya dan tidak akan hidup lama. Akuda inginkan kesihatan yang membuatnya berasa bertenaga semula. 

Beberapa hari di pulau tersebut, kedua-duanya berkesempatan untuk memenuhi segala hajat yang dipendam mereka sekian lama. Bilik Collins dipenuhi dengan segala jenis makanan yang dihindarinya selama ini.

Pelbagai jenis kek dan coklat, semuanya sedia terhidang. Setiap kali makanannya habis, ia akan digantikan dengan menu yang baru. 

Begitu juga Akuda, tiba-tiba dia bangun dengan tubuh yang lebih muda. Akuda boleh berjalan di dalam hutan, mendaki serta berlari kerana tenaganya masih kuat. Akuda begitu gembira dan berkongsi perasaan itu bersama suaminya. 

Lama-kelamaan plot cerita ini berkembang, ia pergi ke masalah paling dasar seseorang. Collins rupanya bukanlah mempunyai masalah ketagih kepada makanan, tapi juga terikat kepada masa lalunya yang menyiksa. 

Dia tidak dibesarkan dalam keluarga yang bahagia, kejadian terburuk hidupnya berlaku ketika dia sedang makan besar bersama keluarga.

Begitu juga dengan Akuda, dia tiba-tiba belajar makna mencintai seseorang di pulau itu. Pada masa yang sama tiba-tiba dia dipelawa untuk tinggal selama-lamanya di Fantasy Island itu.

Akuda harus memilih untuk tinggal di pulau atau kembali ke pangkuan suaminya.

Menerusi episod pilot, tidak banyak cabaran atau konflik yang berat di paparkan dalam siri ini. Pendek kata ia sebuah drama santai yang tidak hanya menawarkan fantasi tetapi penyelesaian kepada setiap masalah yang dihadapi.

Drama 10 episod ini akan ditayangkan di AXN Asia pada setiap Khamis jam 9:45 malam. Kini, rakyat Malaysia boleh menontonnya di saluran Astro Channel 701 HD atau unifi TV Channel 453. - Getaran, 1 Mac 2022

Rating: 4 Getar

Gambar: AXN

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Raknus Selu Trail, Kembara Rahsia Mengenali Budaya Hakka Dengan Lebih Dekat

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Afgan, Isyana Sertai 'AXN Ultimate Challenge Indonesia'!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pejamkan Mata Dan Selami Misteri 'Fey Hollow: The Fairy Tale Murders'

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 56 minit yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 12 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar