web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raknus Selu Trail, Kembara Rahsia Mengenali Budaya Hakka Dengan Lebih Dekat

‘Secrets of the Raknus Selu Trail’ mengisahkan tentang penjelajahan budaya sambil memberi penghormatan kepada masyarakat Hakka di Taiwan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 9:52AM

'Secrets of the Raknus Selu Trail' memaparkan mengenai nilai-nilai kemasyarakatan dan tradisi yang perlu dipelihara dan diteruskan - Gambar dari AXN Asia

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedia terpesona melihat budaya dan warisan masyarakat Hakka, AXN Asia mempersembahkan sebuah dokumentari khas bertajuk 'Secrets of the Raknus Selu Trail'.

Dokumentari berdurasi selama satu jam ini mengisahkan tentang penjelajahan budaya sambil memberi penghormatan kepada budaya masyarakat Hakka di Taiwan.

Dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Hakka Taiwan, dokumentari ini dihoskan penulis Taiwan terkenal, Danny Wen Shi-Kai dan jurugambar terkemuka, Chris Stowers.

Danny Wen Shi-Kai (kiri) dan Chris Stowers.
Danny Wen Shi-Kai (kiri) dan Chris Stowers.

'Secrets of the Raknus Selu Trail' membawa penonton melalui perjalanan kisah keluarga nenek moyang Danny di Raknus Selu Trail, Taiwan.

Selain itu, adat resam dan kisah legenda masyarakat Hakka turut dikongsi bersama. Malah, perbahasan tentang kesan budaya moden di Taiwan terhadap budaya Hakka turut dibincangkan.

Dokumentari ini turut menyoroti teras budaya Asia yang mementingkan nilai-nilai kemasyarakatan dan tradisi yang perlu dipelihara dan diteruskan.

'Secrets of the Raknus Selu Trail' menceritakan mengenai budaya masyarakat Hakka di Taiwan.
'Secrets of the Raknus Selu Trail' menceritakan mengenai budaya masyarakat Hakka di Taiwan.

Danny dan Chris mengembara jauh ke Sankeng Old Street di Taoyuan, sebuah perkampungan yang sarat dengan dengan seni bina warisan Hakka.

Kemudian, mereka melawat ladang Taiwan Black Tea sebelum ke Lo Family House iaitu rumah tradisional Hakka terawal yang masih berdiri sehingga ke hari ini. 

Danny dan Chris mengembara jauh ke Sankeng Old Street di Taoyuan, sebuah perkampungan yang sarat dengan seni bina warisan Hakka.
Danny dan Chris mengembara jauh ke Sankeng Old Street di Taoyuan, sebuah perkampungan yang sarat dengan seni bina warisan Hakka.

Kedua-dua pengembara yang penuh dengan perasaan ingin tahu itu turut melawat Taiwan Thousand Trail Association selaku organisasi yang bertanggungjawab menjaga Raknus Selu Trail.

Rangkaian laluan denai yang sangat terkenal di negara pulau ini menjangkaui lebih 200km dan meliputi bandar-bandar utama seperti Taoyuan, Hsinchu, Miaoli dan Taichung. 

Berlatarbelakangkan kehijauan pergunungan, siapa sangka terdapat budaya yang kaya dengan tradisi dan warisan yang dipelihara indah oleh masyarakat Hakka di Taiwan?

'Secrets of the Raknus Selu Trail' bakal membawa anda menikmati keindahan alam semula jadi dan keagungan warisan budaya Hakka melalui kembara jejak budaya yang penuh debaran!

Melalui dokumentari ini juga, ia diharapkan dapat mendidik rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang berketurunan Hakka agar lebih memahami dengan mendalam tentang sejarah, budaya dan warisan masyarakat Hakka asal yang semakin dilupakan.

Layari AXN Asia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 28 Ogos 2022

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 bulan yang lalu

Itam: A Sun Bear Story, Dokumentari Ikon Ekopelancongan Negara Sempena VM2026

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Berkenan Tonton Dokumentari Khas Menjunjung Kasih Tuanku Terbitan BERNAMA TV

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Walkabout Asia Galak Lebih Banyak Penghasilan Dokumentari Tempatan

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Dokumentari MH370: Netflix Terima Kecaman Daripada Netizen Kerana Misteri MH370 Belum Selesai 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh