web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Walkabout Asia Galak Lebih Banyak Penghasilan Dokumentari Tempatan

Festival itu akan menampilkan pakar antarabangsa antaranya dari Jepun (NHK), Indonesia (TVRI), China (CGTN), Itali (RAI) dan Malaysia (RTM), untuk mengadakan bengkel dan dialog mewujudkan rangkaian kukuh yang memupuk pengalaman pembelajaran berkesan.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 8:06AM

Langkawi dipilih sebagai venue festival itu kerana lokasi berkenaan paling sesuai untuk menghimpunkan pembuat filem yang mengiktiraf kepentingan dan kesan alam sekitar terhadap pembangunan dunia masa depan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Edisi kedua Festival Dokumentari Antarabangsa Walk The Doc yang akan berlangsung di Langkawi dari 1 hingga 3 Ogos ini akan menumpukan kepada alam semula jadi, alam sekitar dan pengembaraan.

Penganjur, Walkabout Asia dalam kenyataan memaklumkan festival yang disokong oleh Think City dan Tourism Malaysia itu mencari filem yang mendokumenkan acara menarik, individu yang menakjubkan dan perkara mengagumkan yang menyentuh keindahan dan bagaimana manusia menjaga atau perlu mengambil berat tentang planet.

Menurutnya, Langkawi dipilih sebagai venue festival itu kerana lokasi berkenaan paling sesuai untuk menghimpunkan pembuat filem yang mengiktiraf kepentingan dan kesan alam sekitar terhadap pembangunan dunia masa depan.

Festival itu akan menampilkan pakar antarabangsa antaranya dari Jepun (NHK), Indonesia (TVRI), China (CGTN), Itali (RAI) dan Malaysia (RTM), untuk mengadakan bengkel dan dialog mewujudkan rangkaian kukuh yang memupuk pengalaman pembelajaran berkesan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Walkabout Asia Nurashikin Zaharuddin berkata kepada Bernama baru-baru ini, sejak 29 Mei lepas, pasukannya mengendalikan program kelas pakar percuma bimbingannya iaitu Small Story Big Impact di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Kuantan di Pahang untuk merancakkan penciptaan filem dokumentari tentang alam sekitar, alam semula jadi, budaya, warisan dan manusia.

“Program ini sebagai platform untuk pencipta kandungan fakta muda (ahli dokumentari) dengan membimbing mereka bagaimana memasarkan kandungan menerusi media arus perdana dan platform lain,” katanya dan menambah kelas pakar itu juga menyasarkan untuk membawa lebih banyak kisah positif dalam platform dokumentari Malaysia yang menyatukan lebih ramai orang dan dapat memikat penonton di seluruh dunia.

Bengkel kelas pakar itu merangkumi program bimbingan iaitu peserta akan melontarkan idea dan hanya lapan finalis dipilih serta diberi dana RM5,000 untuk menyiapkan dokumentari mikro dalam masa satu setengah bulan.

Menurut Nurashikin, dokumentari terbaik akan dianugerahkan Outstanding Video Award pada festival itu.

Penyertaan dalam Festival Dokumentari Antarabangsa Walk The Doc adalah percuma dan mereka yang berminat perlu mendaftar menerusi https://walkthedoc.walkabout.asia/. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Penyalahgunaan Dadah: ‘Bagok’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Gaya 5 bulan yang lalu

Itam: A Sun Bear Story, Dokumentari Ikon Ekopelancongan Negara Sempena VM2026

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.