Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pejamkan Mata Dan Selami Misteri 'Fey Hollow: The Fairy Tale Murders'

Siri audio pertama AXN membolehkan para pendengar menentukan nasib dunia Fey Hollow dan penghuninya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda mendengar tentang siri terbaharu keluaran AXN? Terkenal dengan filem dan drama siri misteri, saluran hiburan Bahasa Inggeris terkemuka di Asia, AXN kini mempertaruhkan siri audio siar pertama khusus buat peminat dunia seram dan misteri. 

Jadi adakah anda sudah bersedia untuk memejamkan mata dan menyelami dunia penuh dengan kisah jenayah yang mendebarkan ini?

Apa yang menarik lagi, siri audio yang diterbitkan oleh KC Global Media (KCGM) Asia ini, mempunyai dua pengakhiran yang membolehkan para pendengar menentukan nasib alam Fey Hollow dan penghuninya.

Menurut Derek Wong, Naib Presiden dan Ketua Perkhidmatan Penerbitan dan Kreatif KCGM Asia, berkata, “Walaupun siri ini lebih kepada kisah jenayah, ia juga mempunyai sedikit sentuhan cerita dongeng. 

“Tambahan pula, ia juga membawa kaedah cerita yang serba baharu di mana para pendengar dapat menghayati dua penceritaan dan boleh memilih bagaimana kisah ini berakhir. 

“Dengan ini, mereka dapat menggunakan daya imaginasi mereka menerusi siri ini. Dalam erti kata lain, mereka juga adalah pendengar dan pencipta cerita pada masa yang sama.”

Meskipun industri hiburan dikuasai oleh kemajuan dalam hiburan visual selama ini namun, KCGM Asia berani mengorak langkah ke hadapan untuk menetapkan piawaian hiburan baharu di Asia.

“Kami sangat teruja untuk melancarkan Fey Hollow: The Fairy Tale Murders dalam bentuk audio. Kami menyedari bahawa audio siar semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar hiburan dan tiba masanya untuk kami mengambil langkah ke arah era hiburan baharu. 

“Oleh sebab ia merupakan audio siar pertama kami, ia terpaksa melalui banyak proses dan mengambil masa lebih kurang setahun untuk merealisasikan idea ini.

“Pada mulanya, ia agak susah kerana kami harus memikirkan cara untuk menceritakan setiap perlakuan dalam bentuk audio tanpa menyebutkan aksi tersebut. Syukurlah kami dapat bekerjasama dengan para pereka audio yang berbakat,” kata Fang Yu, Penerbit Eksekutif Fey Hollow.

Siri audio jenayah seram ini mengandungi lapan episod yang mempunyai kisah tersendiri dan menampilkan beberapa bakat antarabangsa. 

“Ramai orang yang bertanya kenapa kami gunakan nama 'Fairytales' dalam tajuk siri ini, sebenarnya kisah ini menceritakan dua orang detektif yang berusaha menjejak seorang pembunuh bersiri.

“Pembunuh ini menggunakan ritual ngeri yang diilhamkan daripada kisah ‘dark fairy tales’ untuk mencari dan membunuh mangsanya.

“Bagi membezakan setiap watak, kami mengambil pelakon suara yang mempunyai suara yang berlainan agar pendengar dapat membezakan mereka.

“Menariknya, banyak daripada mereka berasal dari negara asing yang berbeza dan mempunyai aksen tersendiri,” kata Natasha Koster, pencipta dan penerbit Fey Hollow.

Siri jenayah audio siar, Fey Hollow: The Fairy Tale Murders boleh diikuti oleh para pendengar di laman penstriman Spotify, Apple Podcast dan beberapa saluran lain.

Untuk maklumat lebih lanjut sila kunjungi laman web rasmi AXN Asia dan laman sosial mereka di Instagram dan Facebook. - Getaran, 29 Jun 2021


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pempengaruh Diingatkan Hati-Hati Kendali Podcast - Fahmi

2

Politik 3 bulan yang lalu

Rafizi Rancang Podcast YBM Bermula 8 Januari 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Arwah Kembali Sewaktu Tahlil, Mufti Kata Roh Tidak Akan Balik Ke Dunia

4

Semasa 9 bulan yang lalu

KJ Kagum Kesediaan PM Dengar Idea Ketika Bincang Isu Ekonomi

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar