Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Arwah Kembali Sewaktu Tahlil, Mufti Kata Roh Tidak Akan Balik Ke Dunia

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 3:45PM

Tangkap layar video yang memaparkan entiti menyerupai si mati menjengah di tingkap sewaktu majlis tahlil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dijengah ‘tetamu’ tidak diundang ketika mengadakan kenduri tahlil ialah satu mimpi ngeri, apatah lagi jika tetamu berkenaan sebenarnya sudah meninggal dunia. 

Itu yang dilaporkan terjadi ke atas sebuah majlis tahlil baru-baru ini, apabila tetamu yang hadir dikejutkan dengan penampakan satu entiti menyerupai si mati. 

Menerusi ciapan di X, akaun Malaysia Most Viral memuat naik rakaman video kejadian, dipercayai berlaku di Mersing, Johor. 

Dalam video itu, dapat dilihat bagaimana tetamu yang hadir menjerit ketakutan apabila ‘dijengah’ sosok menyerupai arwah di tingkap. 

Tinjauan pada bebenang mendapati, majoriti netizen mempersoalkan kesahihan insiden terbabit dan kerana adalah mustahil roh orang yang sudah meninggal dunia boleh kembali menampakkan diri. 

Prince Yoshiro yang menggunakan akaun @CoolWannabe82 berkata, entiti tersebut bukanlah roh si mati seperti sangkaan ramai. 

“Itu bukan dia tapi kembar manusia atau lebih dikenali sebagai Qarin iaitu jin yg dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia,” katanya. 

AbeYMad di akaun @MrBro_Official pula berkata, entiti tersebut adalah syaitan yang cuba menyesatkan manusia. 

“Syaitan ni. Roh org mati takleh nampak mcam tu menjelma mcam tu. Jin tu menyamar,” katanya. 

Penampakan entiti sebenarnya adalah syaitan yang cuba menyesatkan manusia - gambar hiasan
Penampakan entiti sebenarnya adalah syaitan yang cuba menyesatkan manusia - gambar hiasan

Mengulas topik sama, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dipetik sebagai berkata, firman Allah SWT menerusi Surah Al Zumar 39:42 menjelaskan bahawa roh orang yang mati tidak akan kembali ke dunia. 

Firman Allah : 

اللَّـهُ يَتَوَفَّى الْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَىٰ عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَىٰ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ 

Maksudnya: Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya). 

“Ayat di atas menjadi dalil menunjukkan bahawa roh orang yang mati tidak akan kembali, bahkan Allah SWT yang berkuasa menahannya daripada kembali ke dunia. 

“Ini sepertimana riwayat daripada Sa’id bin Jubair Rahimahullah (tabi’en dan juga anak murid kepada Ibn ‘Abbas R.Anhuma) yang mana mengatakan bahawa telah dikumpulkan di antara roh-roh orang yang hidup dan yang telah mati (di dalam mimpi) kemudian Allah SWT menahan roh orang yang telah mati dan melepaskan roh orang yang hidup kepada jasadnya semula. Ianya juga adalah pendapat Ibn Zaid Rahimahullah. (Lihat Tafsir al-Tabari, 21/298-299),” katanya. 

Jelas Pejabat Mufti lagi, ahli tafsir berpendapat bahawa roh orang yang ditahan adalah roh orang yang sudah meninggal. 

“Kerana itu dia tidak mungkin kembali kepada jasadnya di dunia, sedangkan ruh orang yang dilepas adalah ruh orang yang tidur. (Lihat al-Ruh oleh Ibn al-Qayyim, hlm. 31),” katanya. - Getaran, 6 September 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Ulasan Filem - Misteri Adat Melayu Dan Permainan Warna Dalam Talbis Iblis 

2

TARA 1 tahun yang lalu

Barat Ada Halloween, Kita Ada Festival Hantu Lapar Yang Meriah Disambut Tahun Ini

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Unsur Seram Sinematik Penuh Ikonik, Cetusan Fesyen Terkini Levi’s Musim Luruh 2022

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Filem Seram Tempatan 'Don't Look At The Demon' Berjaya Masuk Pasaran Amerika Utara - Zahidi

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Yayasan Sarawak Biaya Pelajaran Anak Mendiang Joanna Hingga Universiti - Abang Jo

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji