web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Afgan, Isyana Sertai 'AXN Ultimate Challenge Indonesia'!

Afgan dan Isyana bakal berentap untuk menyelesaikan tugasan dalam siri AXN kali ini di samping membawa penonton meneroka keindahan Indonesia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 8:27AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda pernah menonton rancangan 'AXN Ultimate Challenge' sebelum ini, anda pasti terpanar melihat bagaimana setiap peserta menyelesaikan cabaran mereka di beberapa negara terpilih. 

Ia tidak hanya tentang cabaran yang perlu diselesaikan, tetapi penonton juga bagai dibawa meneroka keindahan dan keunikan tempat pelancongan tercantik sesebuah negara. 

Setelah Dubai, kini 'AXN Ultimate Challenge' bakal membawa anda ke Indonesia, sebuah negara yang sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. 

Dihoskan oleh Richard Kyle, siri multimedia enam episod ini akan dibintangi pemenang anugerah Selebriti Indonesia, pelakon dan penulis lagu Afgansyah Reza (aka Afgan) dan penyanyi yang juga merupakan graduan Nanyang Academy of Fine Arts dan Royal College of Music London, Isyana Sarasvati. 

Pasangan ini dan rakan-rakan pengembaraan mereka, Reza Chandika (#TeamAfgan) dan Rara Sekar (#TeamIsyana) akan berentap untuk menyelesaikan tugasan masing-masing. 

Sepanjang siri ini, anda akan menikmati perjalanan menakjubkan di lokasi pilihan pengunjung di Indonesia iaitu Labuan Bajo yang terkenal dengan keindahan Taman Negara Komodo, Mandalika yang terletak di Lombok serta terkenal dengan aktiviti sukan air, juga Bali yang selalu menjadi pilihan untuk berbulan madu.

Dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia (MOTCE), KC Global Media, 'AXN Ultimate Challenge' akan dilancarkan pada Khamis (25 November) jam 8.30 malam di saluran hiburan umum bahasa Inggeris terkemuka, AXN Asia.

 Penonton juga boleh melayarinya melalui platform penstriman saluran YouTube rasmi AXN bermula Sabtu, 27 November ini. - Getaran, 2 November 2021

Gambar: AXN Indonesia

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN