web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Terdapat enam kategori tiket yang ditawarkan dan tiket yang paling murah berharga RM358.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2024 10:54AM

Afgan dan Lyondra bakal menemui peminat menerusi konsert 'Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur' di Megastar Arena pada 28 September nanti.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi pujaan ramai dari Indonesia, Afgan sentiasa punya waktu untuk menghadirkan diri ke Malaysia demi menghiburkan peminat di sini.

Biarpun saban tahun ada sahaja konsert daripadanya, peminat bagaikan tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada jejaka berusia 35 tahun ini.

Untuk pencinta yang sentiasa menerima kehadiran Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, pastikan 28 September depan anda tidak punya sebarang agenda. Ini kerana penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jodoh Pasti Bertemu’ ini akan hadir ke Kuala Lumpur dalam satu konsert bertempat di Megastar Arena.

Kali ini, dia tidak berkeseorangan, tetapi bakal memperkenalkan pasangan duet popularnya, Lyodra kepada peminat di Malaysia. Mereka yang berjaya menambat hati pendengar muzik menerusi lagu ‘Ada’ akan bersatu dalam konsert epik berjudul ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’.

Konsert ini dibawakan khas oleh Kharisma Music dan jenama kosmetik, Alha Alfa sebagai penganjur utama, dan Intan Gelombang serta Futurace sebagai penganjur bersama.

Buat masa ini, segala-galanya masih menjadi teka-teki kerana tiada sebarang sidang media diadakan. Namun, pihak penganjur berjanji akan menjawab segala persoalan dalam satu sidang media khas yang bakal diadakan pada Ogos nanti.

Apa yang pasti, jualan tiket sudah pun bermula. Jika anda tidak mahu menjadi salah seorang peminat yang hilang peluang bertemu Afgan dan Lyodra, cepat-cepat buat  pesanan tiket di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra.

Kesemua kategori tiket adalah tempat duduk bernombor dan pembeli berhak memilih kategori tiket serta nombor tempat duduk yang dikehendaki. Pembelian awal (sehingga 11 Julai) layak potongan harga RM100 untuk setiap tiket.

Pembeli tiket kategori ‘Ada VVIP’  berpeluang ke sesi ‘meet & greet’, bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.

Jadi tunggu apa lagi, cepatlah dapatkan tiket untuk ke konsert ‘Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur’! – Getaran, 11 Julai, 2024

Foto : Kharisma Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang