web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Perlu perbesar Isu Maria Farida Dan Aaron Aziz - Eyra Rahman 

Kisah lelaki yang menjalinkan hubungan sonsang dengan pasangan sejenis tetapi berkahwin dengan wanita dalam ‘Suamiku Lelaki Pendosa’ adalah konsep berbeza buat pengarah Eyra Rahman. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 6:40PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru saja 'Suamiku Lelaki Pendosa' ditayangkan di slot Samarinda TV3, sudah ada penonton mempertikaikan pemilihan Datuk Aaron Aziz sebagai anak kepada watak lakonan Maria Farida  sedangkan jarak usia mereka hanyalah tujuh tahun sahaja.  

Bagi mereka, gandingan dua pelakon itu sebagai ibu dan anak tidak sesuai dan berasakan watak anak berkenaan harus dibawakan pelakon yang lebih muda atau si ibu diberikan kepada pelakon lebih berusia.  

Selaku pengarah drama bersiri tersebut, Eyra Rahman menyifatkan isu usia yang dibangkitkan penonton itu sebagai remeh dan tidak harus diperbesar-besarkan.

“Sama ada hero lebih muda atau ibu yang lebih tua, kita sebenarnya buat orang percaya tentang watak-watak ini. 

“Janganlah pandang pada usia sebenar atau keperibadian pelakon. Yang harus dipandang sebenarnya adalah usia mereka menerusi watak sebagai ibu dan anak. 

“Kita buat orang percaya menerusi karya kita dan apabila penonton percaya dengan apa yang disajikan, saya rasa itu sudah memadai. 

“Dan, kenapa harus mempertikaikan Maria Farida sahaja? Kenapa tidak pertikaikan orang lain yang bawa watak ibu dan bapa mertua. Bagi saya isu ini sangat remeh. Saya nak cakap lebih-lebih nanti benda ini jadi viral lagi,” katanya dalam wawancara yang dilakukan secara maya. 

Mengulas lanjut tentang 'Suami Lelaki Pendosa', Eyra berkata ia adalah adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah. 

“Tajuknya terpaksa kita tukar untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Ia mengisahkan tentang gadis bernama Cahaya Malaika yang mencari cinta. 

“Dia mendapat tahu dia anak luar nikah dan setelah itu dia dijodohkan dengan seorang lelaki yang pernah menjalinkan hubungan songsang. Sejak itu, bermulalah konflik dan pelbagai perkara terjadi. 

“Konsep ini agak berlainan dengan drama-drama yang pernah diarahkan sebelum ini. Kali ini, kisah hubungan songsang divisualkan, tetapi disebabkan banyak kekangan, kita tidak boleh paparkan ia dengan begitu mendalam kerana ada perkara-perkara yang kita tidak boleh tunjukkan,” katanya. 

Menurut Eyra lagi, naskhah ini adalah sebuah cerita realiti yang pernah dilalui segelintir lelaki yang mempunyai hubungan songsang dengan pasangan sejenis tetapi dia boleh berkahwin.

“Sebenarnya apabila isu ini timbul dalam rumah tangga, orang yang betul-betul kena kuat adalah isteri. 

“Ada yang mampu menghadapinya dan ada juga tidak dan selalunya memang tidak ramai mampu menghadapinya. 

“Tapi, untuk cerita ini ada kelainan kerana Cahaya Malaika mampu terima segala kekurangan tersebut seperti mana dia mengetahui dirinya anak luar nikah. 

“Orang akan kata Cahaya Malaika perempuan yang baik. Memang ada ada perempuan seperti ini dan ada juga yang memberontak.  

“Cahaya Malaika menganggap semua itu ujian hidup buat dirinya dan reda dengan takdir yang ditentukan Allah SWT,” katanya. 

Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd hasil nukilan skrip Eenaz Mokhtar, Siti Jasmina dan Ctna Marzuki ini mengambil masa setahun untuk disiapkan dengan menggunakan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Port Dickson. 

“Inilah antara produksi drama paling lama yang saya kena siapkan. Walaupun ia hanya 28 episod, berikutan dua kali PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tempoh penggambarannya jadi setahun.  

“Alhamdulillah, walaupun ia ambil masa yang lama untuk disiapkan, momentum dan keserasian barisan pelakon dapat dikekalkan.

“Bahkan, mereka sangat komited dan konsisten dengan watak serta lakonan mereka. Semua tahu apa yang perlu dibuat.  

“Cuma dari segi fizikal dan rupa, kami terpaksa memastikan konti mereka tidak lari dan sentiasa ingatkan mereka untuk menjaga fizikal. Maklumlah waktu PKP ramai asyik makan," katanya seraya ketawa. 

'Suamiku Lelaki Pendosa' bersiaran di slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam sejak 9 Februari lalu. 

Selain Aaron Aziz dan Maria Farida, drama ini turut dibintangi Sophia AlBarakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah, Aleza Shadan, Edika Yusof, Hafeez Mikail, Anne Abdullah, Michael Lean dan Ungku Hariz. - Getaran, 17 Februari 2021

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aaron Aziz Minta Sharnaaz Ahmad Jangan Masuk Campur Urusannya Bersama Syamsul Yusof

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN