web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Moonfall' Filem Bencana Sains Fiksyen Perlekeh NASA

Walaupun 'Moonfall' bukanlah filem terbaik Emmerich, namun filem bencana sains fiksyen adalah sebuah genre yang diminati dan mempunyai pengikutnya sendiri.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 11:36AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terlalu banyak bencana yang berlaku di dunia sekarang dan Hollywood nampaknya masih berterusan menghasilkan filem yang memaparkan tentang pelbagai bentuk bencana yang mampu memusnahkan bumi dan menghapuskan tamadun manusia. 

Terbaharu, pengarah, penulis lakon layar dan penerbit filem, Roland Emmerich kembali dengan sebuah filem bencana berjudul Moonfall. 

Sebelum ini, Emmerich pernah mengarahkan filem bertema serupa seperti Independence Day (1996), The Day After Tomorrow (2004), 2012 (2009) dan Independence Day: Resurgence (2016). 

Namun, Moonfall adalah filem bencana sains fiksyen yang mana premisnya adalah mengenai sebuah kuasa misteri yang entah bagaimana telah berjaya mengubah kedudukan bulan yang selama ini mengelilingi Bumi di atas orbitnya. 

Apabila kedudukan bulan ini berubah daripada orbitnya, ia menyebabkan Bumi terancam serta berada pada tahap cukup bahaya. Kuasa misteri itu pula dipercayai adalah makhluk asing.

Ya, menonton Moonfall seperti menonton himpunan Independence Day, The Day After Tomorrow dan 2012. Kesemua elemen di dalam ketiga-tiga filem ini ada di dalam Moonfall. 

Sayangnya, di sebalik bajet pembikinanya yang besar, Moonfall tidaklah sehebat ketiga-tiga filem tersebut. 

Filem ini bermula apabila tiga angkasawan iaitu Jocinda ‘Jo’ Fowler (Halle Berry), Brian Harper (Patrick Wilson) dan seorang rakan angkasawan mereka melakukan rutin di stesen angkasa lepas.

Rakan mereka itu terbunuh apabila sebuah kuasa misteri anomali ruang teknologi menyerang mereka. Brian cuba menjelaskan keadaan itu kepada NASA tetapi kata-katanya itu tidak dipercayai, sehingga akhirnya dia dibuang kerja. 

Di sinilah bermulanya permasalahan filem ini. Bagaimana NASA mampu meragui kata-kata Brian dengan semudah itu tanpa membuat siasatan atau kajian lanjut tentang apa yang dilihatnya di angkasa? 

Pihak media juga turut menghukumnya dan menerima bulat-bulat tindakan NASA terhadap Brian dan tiada satu pun media yang berusaha untuk mencari kebenaran di sebalik kata-katanya sedangkan dia adalah seorang angkasawan bukan seorang penjenayah. 

Setelah sepuluh tahun berlalu, Brian hidup sendirian ditinggalkan isteri dan anak lelaki yang sering mencetuskan masalah. Jocinda pula sudah dinaikkan pangkat ke posisi yang cukup tinggi di NASA. 

Dalam tempoh ini juga, kuasa misteri anomali ruang teknologi ini kembali semula tetapi telah mengubah kedudukan bulan daripada orbitnya.

Lucunya, tiada seorang pun saintis bijak pandai di NASA yang menyedari tentang hal ini. Begitu juga dengan ahli sains dari negara lain. 

Yang menyedari tentang hal ini adalah seorang pemuda bernama KC (John Bradley) yang bertugas sebagai pekerja di sebuah restoran makanan segera. KC juga adalah seorang ahli teori konspirasi yang bercita-cita menjadi seorang saintis. 

Memang tidak masuk akal apabila dalam ramai jutaan manusia di dunia ini, KC pula satu-satunya manusia yang lebih mengetahui tentang kemunculan kuasai misteri anomali ini.  

KC cuba memaklumkan Brian tentang hal ini. KC juga percaya bahawa bulan adalah sebuah struktur mega berbentuk sfera dan berongga.

Brian bagaimanapun tidak berminat untuk ambil tahu. Semangatnya sudah lama hilang dan dia juga hidup dalam keadaan tidak tentu arah. 

Namun, satu-satunya cara untuk menyelamatkan bumi adalah untuk Brian kembali ke angkasa bersama Jocinda. Cara ini juga dapat menyelamatkan semula reputasinya. 

Tanpa sebarang latihan untuk ke angkasa lepas, KC turut menyertai misi tersebut untuk membantu Brian dan Jocinda. Semudah itu! 

Pengembaraan mereka ke angkasa penuh dengan penemuan yang pelik dan aneh serta pertarungan yang tidak dijangka. 

Walaupun Moonfall bukanlah filem terbaik Emmerich, namun filem bencana sains fiksyen adalah sebuah genre yang diminati dan mempunyai pengikutnya sendiri.

Sekali lagi, filem ini seolah-olah memperlekehkan NASA dan fungsi operasi sistemnya. - Getaran, 4 Februari 2022

Rating: 3.5 Getar

Gambar: GSC

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Pencapaian Kontinjen Negara Pada Hari Keenam Mengecewakan

2

Filem & TV 5 tahun yang lalu

Aksi Angkasa Lepas 'Space Sweepers'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN