web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aksi Angkasa Lepas 'Space Sweepers'

Asyik-asyik tonton cerita cinta Korea Selatan, apa kata kali ini kita tukar angin dengan cuba tonton filem sains fiksyennya pula. Ada Song Joong-Ki dan Kim Tae-Ri!

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2021 11:05AM

Gambar: Netflix

oleh

Edd Zahir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila kita berbicara tentang filem dari Korea Selatan, kebiasaannya genre filem yang dikaitkan adalah filem drama percintaan yang romantik, filem drama bersejarah mahupun filem aksi berunsur balas dendam yang penuh keganasan. Perkara inilah yang menjadikan filem Space Sweepers arahan Jo Sung-Hee ini sangat menarik untuk ditonton kerana ia merupakan filem sains fiksyen angkasa pertama yang lahir dari Korea Selatan. 

Filem ini berlatarbelakangkan tahun 2092, di mana bumi merupakan sebuah tempat pasca apokaliptik yang tidak lagi selamat untuk didiami.

Situasi ini memaksa penduduk Bumi untuk mewujudkan koloni baru di angkasa lepas namun tidak semua yang bernasib baik. Sebuah konglomerat dikenali sebagai UTS yang dibangunkan oleh James Sullivan (Richard Armitage) telah berjaya membangunkan sebuah ‘syurga terapung’ di angkasa di mana tempat ini menjadi tempat idaman untuk didiami oleh semua penduduk bumi.

Namun untuk mendapatkan status ‘kerakyatan’ untuk tinggal di tempat ini adalah satu perkara yang mencabar dan perkara ini memaksa kebanyakan penduduk Bumi terpaksa bekerja sebagai sweepers atau pencari barang-barang atau serpihan kapal angkasa untuk dijual bagi mendapatkan wang.

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Penceritaan filem ini bermula apabila sekumpulan sweepers yang memandu kapal angkasa Victory yang diketuai oleh Captain Jang (Kim Tae-Ri), pengemudi utama Tae-Ho (Song Joong-Ki) dan dibantu oleh Tiger Park (Jin Seon-Kyu) dan robot humanoid Bubs (Yoo Hae-Jin) ketika dalam misi pencarian serpihan kapal angkasa untuk dijual telah bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Dorothy/Kot-Nim (Park Ye-Rin).

Mereka kemudiannya mendapat tahu bahawa Dorothy merupakan seorang android yang diburu oleh UTS Space Force dan sebuah kumpulan pengganas yang digelar sebagai Black Foxes. Ini menjadikan Dorothy sebuah komoditi berharga kepada kumpulan Victory untuk dijual bagi mendapatkan sejumlah wang yang besar. Namun apakah rahsia Dorothy sehingga menjadi buruan ramai pihak? Adakah kumpulan Victory bertindak untuk menjual Dorothy atau bertukar fikiran menjadi penyelamat beliau daripada kumpulan yang memburunya? 

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Premis filem ini ternyata bukanlah sesuatu yang asing kepada penggemar filem sains fiksyen angkasa lepas. Penceritaan dan konsep yang hampir sama telahpun diterokai oleh filem Hollywood seperti Guardians of the Galaxy (sekumpulan pemburu sisa angkasa), Elysium (jutawan survivalist) mahupun Ad Astra (koloni angkasa lepas). Namun begitu, ini tidak bermakna filem Space Sweepers ini tiada originaliti tersendiri. Satu perkara menarik yang diketengahkan adalah kepelbagaian kumpulan etnik sebagai watak sampingan. Watak-watak ini walaupun berlainan bangsa namun masih boleh bertutur dalam bahasa masing-masing dengan bantuan alat pendengaran pintar sebagai penterjemah. Perkara ini dilakukan dengan baik dan tidak kelihatan canggung dan secara tidak langsung tampak lebih asli atau authentic

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Kekuatan utama filem ini selain daripada aksi dan babak CGI yang hebat, adalah chemistry yang tercetus di antara pelakon-pelakon utama. Song Joong-Ki kelihatan begitu selesa memegang watak sebagai Tae-Ho (filem keduanya di bawah arahan Jo Sung-Hee selepas, A Werewolf Boy). Lakonan Jin Seon-Kyu juga tidak mengecewakan dan Yoo Hae-Jin seperti biasa sentiasa mencuri adegan dengan dialog-dialog yang lucu walaupun berperanan sebagai sebuah robot. Namun secara peribadi, lakonan Kim Tae-Ri sebagai Kapten Jang adalah yang paling menonjol. Dia berjaya membawa kelainan kepada watak yang dibawa dan kelihatan sangat meyakinkan sebagai seorang ketua yang tegas dan sombong. Karisma yang dipamerkan oleh semua pelakon terutama interaksi mereka bersama Dorothy adalah sangat menghiburkan dan menarik untuk ditonton. 

Gambar: Netflix
Gambar: Netflix

Space Sweepers adalah sebuah filem pengembaraan angkasa dengan visual dan aksi CGI hebat setanding dengan filem terbitan studio besar Hollywood. Walaupun alur cerita atau pacing filem ini boleh diperbaiki (terutama ketika perubahan gear di antara plot utama dan subplot), namun cerita utama yang ditonjolkan masih dapat menarik minat penonton. Biarpun konsep filem ini bukan sesuatu yang baru, namun lakonan menarik di antara para pelakon menjadi daya tarikan kolektif untuk menjadikan filem ini tampak segar dan berada di dalam kelasnya tersendiri. Space Sweepers boleh ditonton di Netflix bermula 5 Februari 2021.  - Getaran, 9 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN