web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 4:50PM

Dzowahir Ab Ghani (dua, kiri) menunjukkan Harumanis Kedah di Fiesta Mempelam Kedah 2024 - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Sejak mula dilancarkan pada Mei 2022, pengeluaran harumanis Kedah yang dikenali dengan nama komersial sebagai Harumanis D'Aman sudah mencecah sebanyak 150 tan setahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri, Dzowahir Ab Ghani berkata, Kedah kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran 600 tan setahun menjelang 2025.

Menurutnya, Harumanis terlebih dulu wujud di Kedah pada 1971 namun benih sama lebih dikomersialkan di Perlis menyebabkan buah tersebut lebih sinonim dengan negeri jiran berkenaan. 

"Maka inilah antara usaha kerajaan negeri untuk memperkasakan harumanis di Kedah. Kita nak promosikan Harumanis D'Aman ini supaya menjadi lebih hebat daripada Harumanis yang berada di mana-mana tempat dalam negara ini. 

"Antara langkah lain yang diambil adalah dengan menjenamakan semula Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan sebagai Pusat Mempelam Kedah. Penukaran nama ini akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada 5 Mei depan," katanya.

Kebun Harumanis D Aman - gambar Rafisqi Radhi
Kebun Harumanis D Aman - gambar Rafisqi Radhi

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Fiesta Mempelam Kedah 2024 di pusat teknologi tersebut di sini, baru-baru ini.  

Tambahnya, tindakan menukar nama destinasi tersebut bukanlah semata-mata untuk penjenamaan semula sebaliknya mempunyai tujuan lain agar lebih 'mesra' dengan orang ramai.  

"Di sini kita memiliki sebanyak 111 varieti mempelam dan Harumanis D'Aman merupakan merupakan antara yang paling menjadi tumpuan. Selama ini apabila ada perkataan 'teknologi', ramai orang takut hendak masuk kerana menganggap lokasi ini khas untuk penyelidik serta agensi atau jabatan kerajaan semata-mata. 

"Maka apabila kita tukar namanya kepada Pusat Mempelam Kedah, kita mahu masyarakat tahu bahawa sesiapa saja boleh datang ke sini untuk mereka mendapatkan apa saja ilmu atau maklumat tentang buah kegemaran ramai itu. Lokasi ini terbuka buat orang ramai dan mereka boleh berjumpa dengan mana-mana pegawai yang bersedia memberi kerjasama sepenuhnya berkaitan penanaman mempelam," katanya. 

Dzowahir berkata, setakat ini terdapat kira-kira 125 pengusaha Harumanis D'Aman di kawasan seluas kira-kira 100 hektar itu. 

"Biasanya Harumanis memerlukan tempoh tiga tahun untuk mengeluarkan hasil. Jadi jika dikira dari tempoh mula-mula Harumanis mula diperkenalkan pada Mei 2022, tahun depan kita dijangka akan menerima hasil yang banyak untuk mencapai sasaran 600 tan," katanya. - Getaran, 4 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 58 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad