web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aweera Terbaik, Shidee Dan Ani Maiyuni Tersingkir GV8

Dua peserta menjadi mangsa penyingkiran sekali gus di pentas separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan biarpun persembahan Ani Maiyuni mendapat pujian netizen.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Jan 2022 12:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung pada malam Ahad lalu menyaksikan dua peserta tersingkir sekaligus daripada meneruskan langkah ke pentas akhir iaitu Ani Maiyuni dan Shidee.

Pada minggu yang bertemakan ‘Laguku Untukmu’, kesemua peserta perlu menyanyikan dua buah lagu iaitu satu lagu rancak dan satu lagu balada.

Ani Maiyuni yang membawakan lagu ‘Let’s Get Loud’ daripada Jennifer Lopez dan ‘Sumpah’ dari Aina Abdul sekadar berjaya mengumpul markah sebanyak 61 %, manakala Shidee yang menyampaikan lagu ‘Sedetik Lebih’ dari Anuar Zain dan ‘Kerna Dia’ dari Yassin Sulaiman pula mendapat markah tercorot sebanyak 58.30 %.

Menurut ketua juri, iaitu Datuk Ramli MS, penyingkiran Shidee memang sudah dijangka. Bagi Ani pula, kedua-dua lagu yang dipersembahkan tidak begitu baik.

“Lagu kedua yang disampaikan oleh Ani, dia seperti melenggang. Jadi penyingkiran mereka berdua pada minggu ini memang sudah boleh dijangka sebulat suara. Kalau lihat peratusan markah mereka berdua agak setara,” ujarnya ketika ditemui sewaktu sidang media.

Sementara itu bagi Shidee pula, dia mengakui penguasaan untuk menghafal lirik antara faktor kelemahannya sehingga menyebabkan dia tersingkir pada malam itu.

“Disebabkan oleh masalah lirik inilah yang banyak mengganggu saya untuk saya bergerak dan sebagainya. Boleh dikatakan saya lambat catch up. Persembahan kali ini yang paling banyak mengganggu saya,” katanya yang mula menyedari peluangnya ke peringkat akhir tipis saat bergelut dengan masalah lirik. 

Bagi Ani Maiyuni pula, biarpun persembahannya pada malam itu mendapat banyak pujian dari netizen, dia akur dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya yang harus meninggalkan pentas GV8.

“Jangan bersedih. Karier Ani bukan berakhir di sini. Permulaan saya adalah selepas tamat perjuangan di GV ini. Selama dua tahun kita duduk di rumah disebabkan PKP. Harap-harap selepas habis GV ini kita masih boleh berjumpa, berkumpul dan buat persembahan.

“Kita kena terima hakikat bahawa ini adalah satu pertandingan. Kalau ditanya adakah saya sudah bersedia untuk tersingkir, setiap minggu pun saya sudah bersedia. Bukan kerana saya tidak yakin dengan kemampuan saya, tetapi persembahan di GV ini sukar dijangka. Kadang-kadang waktu raptai kita telah buat yang terbaik, tetapi sewaktu siaran langsung jadi lain kerana suasana itu lain,” katanya.

Pada malam konsert itu juga, Aweera membuat kejutan apabila pertama kali mendapat markah tertinggi sekali gus meletakkannya di tempat pertama untuk minggu kesembilan. Aweera yang menyampaikan lagu ‘Kerja Gila’ dan ‘Fantasia Bulan Madu’ oleh Amy Search dan Search mendapat markah sebanyak 81.30 %.

Mengulas lanjut mengenai persembahan bertenaga daripada Aweera, Datuk Ramli berkata persembahannya sewaktu sesi raptai lebih hebat daripada yang dipersembahkan sewaktu konsert malam tadi. 

“Selama lapan minggu ini, persembahan Aweera ibarat bukan dia yang menyanyi. Saya agak terkejut dengan persembahan dia minggu ini. Jika lihat sewaktu sesi raptai, dia beri lebih 30 peratus daripada persembahan malam ini.  Terus terang saya katakan kalau Aweera buat persembahan seperti dua hari lepas di peringkat akhir, dia boleh ‘pijak’ semua orang,” katanya.

Selain Aweera yang mendapat markah tertinggi, kedudukan kedua pula disandang oleh Nikki Palikat dengan markah sebanyak 76%, diikuti oleh Aliff Aziz (72.2%), Azan Scan (69.70%), Adibah Noor (65.20%) dan Suki Low (64.80%). 

Siapakah di antara keenam-enam finalis ini yang bakal membawa pulang gelaran juara GV8? Sama-sama kita saksikan konsert akhir yang bakal berlangsung Ahad ini. - Getaran, 17 Januari 2022

Gambar : Astro/AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Perak FC Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN