web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penghujung Yang Tidak Disangka Dalam 'Nightmare Alley'

Filem terbaharu Guillermo del Toro adaptasi novel nukilan William Lindsay Gresham ini akan membuat anda tertanya-tanya sehingga penghujung cerita.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 6:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat nama sutradara filem ini sahaja membuatkan ramai tertunggu-tunggu untuk menyaksikannya. Apatah lagi, ia dibarisi nama-nama terhebat dunia filem Hollywood seperti Bradley Cooper, Cate Blanchett, Toni Collette, Willem Dafoe dan ramai lagi.

Walau bagaimanapun, penulis pada mulanya tidak masuk ke pawagam dengan harapan yang terlalu tinggi. Sungguhpun penulis tahu filem-filem Guillermo Del Toro biasanya bagus namun kali ini penulis masuk dengan perasaan yang biasa.

Ternyata, penulis silap dan kagum dengan kisah rekaan ini. 

Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Stanton Carlisle (lakonan Bradley Cooper) yang dirundung malang dan cuba mencari arah demi melangsungkan kehidupan dan mencari rezeki.

Dia kemudian secara tidak sengaja mendapat kerja sebagai pekerja am untuk sebuah karnival yang mirip seperti sebuah sarkas. Ia merupakan satu pertunjukan bergerak yang memaparkan persembahan-persembahan serta personaliti-personaliti pelik.

Dalam kumpulan pertunjukan tersebut Stanton jatuh cinta dengan Molly (lakonan Rooney Mara) salah seorang penghibur yang cantik jelita.

Pada waktu sama dia tertarik dengan sepasang suami isteri Pete dan Zeena (lakonan Toni Collette dan David Strathairn) yang membuat persembahan menilik nasib dan pakar mental yang mampu menipu daya seolah-olah boleh membaca fikiran orang lain dan berhubung dengan alam ghaib.

Stanton kemudian mempelajari ilmu tipu daya tersebut dan kemudian membawa Molly bersama-sama dan menjadikannya pembantu persembahannya. Mereka menjadi terkenal dan mula meraih wang yang banyak.

Namun, selepas kejayaan tersebutlah klimaks cerita mula memuncak saat Stanton berkenalan dengan seorang pakar psikiatri lakonan Cate Blanchett.

Yang pasti, premis dan pengajaran filem ini sebenarnya sangat mudah dan merupakan asas buat manusia sejagat. Ia mengingatkan kita tentang usaha tangga kejayaan dan jangan bersikap tamak haloba.

Sungguhpun begitu, pengajaran mudah tersebut berjaya disuntik begitu baik ke dalam jalan cerita sehingga menyebabkan penonton tidak akan dapat meneka penghujung kisahnya.

Ia turut memaparkan satu sisi manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi menenangkan diri yang gusar dan tidak tenang.

Dan, itulah yang membuat filem ini menarik. Biarpun filem ini berdurasi dua jam tiga puluh minit, penulis yakin pengakhiran ceritanya akan membuat segalanya berbaloi dan penonton akan mengerti kenapa ia diolah sedemikian rupa.

Buat anda yang sukakan drama dengan penuh simpulan jalan cerita sehingga akan membuat anda kagum dan kaget, Nightmare Alley mungkin filem yang sesuai untuk memenuhi kepuasan anda.

Nightmare Alley ditayangkan di semua pawagam Malaysia bermula hari ini. - Getaran, 13 Januari 2022

Rating : 4 getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem Smile: Kita Tidak Akan Mengingati Senyuman Dengan Cara Yang Sama

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Kisah Benar Penuh Inspirasi Venus Dan Serena Williams Dalam 'King Richard'

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Misteri ‘Death On The Nile’ Lebih Mendebarkan, Lebih Puas

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

‘Kongsi Raya’ Bawa Tema Klise Tapi Menghiburkan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN