web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah Benar Penuh Inspirasi Venus Dan Serena Williams Dalam 'King Richard'

Ketahui kisah benar pahit manis yang dilewati Venus dan Serena Williams sebelum bergelar juara tenis dunia dalam filem penuh inspirasi, 'King Richard'.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 5:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem-filem dan cerita yang dipetik dari kisah benar biasanya merupakan karya yang paling asyik ditonton kerana kita tahu bahawa apa yang disaksikan memang pernah terjadi dan bukan fiksyen.

Itulah keajaiban yang ditampilkan dalam filem King Richard ini. Filem yang mengisahkan perjalanan hidup keluarga pasangan adik-beradik pemain tenis terhebat dunia, Venus dan Serena Williams ini dipersembahkan dengan begitu baik serta pasti akan memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang menontonnya.

Menampilkan pelakon tersohor dunia, Will Smith sebagai Richard Williams, bapa kepada Venus dan Serena Williams, filem ini menceritakan bagaimana Richard seorang lelaki berkulit hitam yang tinggal di sebuah kawasan kecil di California, terpaksa membesarkan lima anak gadis dengan segala cabaran sosial yang dilemparkan terhadap diri dan keluarganya. 

Hidup di awal 90-an di Amerika Syarikat dengan pelbagai stigma terhadap komuniti kulit hitam sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah dan tayangan gambar ini menunjukkan segala keperitan yang terpaksa dihadapi masyarakat tika itu, demi mengecapi secebis kebahagiaan.

Lebih menarik, ia menunjukkan bagaimana Richard mampu mengangkat keluarganya keluar dari kancah kemiskinan dan memastikan anak-anaknya menjadi ahli masyarakat yang berjaya. Ini termasuk rancangan yang telah dirangka untuk kejayaan hidup Venus dan Serena.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Venus dan Serena telah dilatih oleh kedua ibu bapa mereka sejak kecil lagi untuk menjadi pemain tenis profesional dan filem ini akan merungkai mengapa segala perancangan serta ramalan ayah mereka itu mampu menjadi kenyataan.

Kesemua pelakon filem ini berjaya memberikan persembahan yang sangat hebat sehingga mampu meninggalkan kesan mendalam di hati penonton. 

Jika anda kadangkala berputus asa dengan keadaan sekeliling dan kehidupan secara umum, filem ini mungkin akan membantu menaikkan semangat anda serta meyakinkan diri bahawa, kejayaan boleh dikecapi dengan usaha dan kesabaran. 

Ia juga mengingatkan kita betapa pentingnya pendidikan buat semua orang dan jangan sesekali terpedaya dengan kemanisan kemewahan yang mungkin indah beberapa ketika sahaja!

Filem ini boleh ditonton secara eksklusif di beberapa pawagam GSC mulai hari ini.  

Pawagam-pawagam GSC yang menayangkan filem ini adalah GSC Mid Valley, Paradigm Johor Bahru, 1 Utama, Gurney Plaza, Ipoh Parade, Suria Kota Kinabalu, Aurum, The Gardens Mall, Tropicana Gardens, IOI City Putrajaya, MyTown, Dataran Pahlawan, Melaka, City One Kuching, 3 Damansara, Setia City Mall dan Southkey Johor Bahru. - Getaran, 17 Februari 2022

Rating: 5 getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 23 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN