web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Filem Smile: Kita Tidak Akan Mengingati Senyuman Dengan Cara Yang Sama

Senyuman boleh berjangkit, tapi bagaimana kalau senyuman itu sebenarnya adalah sebuah sumpahan?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 6:00PM

Bagaimana kalau senyuman yang dimaksudkan ialah sebuah sumpahan yang juga boleh berjangkit? - Gambar dari TheWrap.com

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penulis tidak berapa menggemari genre filem psychological horror. Mungkin kerana banyak filem yang mengaku genre begini selalu tidak sampai jalan ceritanya dan memberikan perasaan kecewa.

Namun baru-baru ini, sebuah filem dengan genre ini berjaya membuat penulis terbeliak mata, tercengang dan bertepuk tangan di dalam panggung kerana pembikinannya yang cemerlang sekali.

Filem yang dimaksudkan adalah Smile yang baru sahaja menemui khalayak pada minggu lalu. Jujurnya, penulis tidak pernah mendengar nama pengarahnya iaitu Parker Finn.

Hasil carian di internet menunjukkan Finn adalah seorang sutradara baharu dan Smile adalah debut filem panjang pertamanya yang diadaptasi daripada filem pendeknya sebelum ini iaitu ‘Laura Hasn’t Slept’.

Ia menceritakan tentang seorang doktor dan ahli terapi di hospital sakit jiwa bernama Rose Cutter. Dia boleh dikatakan seorang yang sangat mencintai pekerjaan sehingga sanggup tidak tidur malam berhari-hari untuk merawat pesakitnya.

Act 1 cerita ini dibuka apabila Rose menerima seorang pesakit yang aneh. Dia asyik tersenyum. Kita selalu mendengar bahawa senyuman boleh berjangkit. Namun, bagaimana kalau senyuman yang dimaksudkan ialah sebuah sumpahan yang juga boleh berjangkit? Genius!

Sebelum pesakitnya mati, dia akan tersenyum dengan cara yang mengerikan. Anehnya, sumpahan ini hanya akan terjadi kepada orang-orang yang mempunyai trauma. Apa yang menariknya tentang Smile, plot cerita ini dibawa dengan sangat kemas dan meyakinkan daripada pembukaan, act 2 hinggalah act 3 yang mempunyai penutup seperti gema, membuat penonton terngiang dan terfikir-fikir selepas filem tamat.

Daripada seorang doktor elegan, cantik dan berkaliber, anda akan dapat melihat perkembangan karakter Rose yang menjadi wanita tidak terurus, selekeh dan diperlekeh akibat sumpahan.

Tidak ada yang mempercayai Rose termasuklah orang yang paling dicintainya. Pujian patut diberikan kepada Sosie Bacon kerana menghidupkan watak ini dengan luar biasa cemerlang.

Seperti kebanyakan filem horror, Finn banyak bermain dengan ‘jumpscare’. Namun dalam filem ini dapat diperhatikan bagaimana adegan ‘jumpscare’ itu disusun dengan hati-hati agar ia boleh mencengkam perhatian penonton dan bukannya sekadar ada.

Finn banyak bermain dengan suara daripada halus ke jeritan untuk menghidupkan babak ‘jumpscare’. Hasilnya, penonton bagai mahu cepat keluar kerana tidak tahan menanggung debaran.

Penulis berpendapat, Finn berjaya mencipta sebuah perasaan ingin tahu sejak awal daripada watak Rose. Bagaimana seorang doktor hospital sakit jiwa seakan-akan mempunyai sebuah sejarah hitam yang ingin disembunyikan.

Maka, tidak hanya penonton terpancing untuk mengetahui tentang sumpahan yang tiba-tiba wujud, penonton juga ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam kehidupan Rose. Seperti ada yang tidak selesai dalam diri Rose. Semua itu dibongkar satu per satu dengan ‘hint’ yang diberikan sedikit demi sedikit melalui adegan jungkir balik.

Namun, penulis berpendapat, Finn belum cukup cekap menghurai tentang sumpahan yang terjadi. Asas bagaimana mitos sumpahan itu, seperti belum cukup meyakinkan. Namun ia bukanlah sesuatu yang besar melihat kepada aura kemurungan, hitam dan tidak menyenangkan yang dihidangkan sepanjang filem ini.

Smile telah membuka hati dan mata penulis untuk mempercayai ada filem genre ‘psychological horror’ yang benar-benar menangkap tahun ini. Filem ini secara tidak langsung membuatkan penulis tidak lagi mengingati senyuman sebagai hal indah  seperti sebelum ini. - Getaran, 6 Oktober 2022

4 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Kisah Benar Penuh Inspirasi Venus Dan Serena Williams Dalam 'King Richard'

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Misteri ‘Death On The Nile’ Lebih Mendebarkan, Lebih Puas

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

‘Kongsi Raya’ Bawa Tema Klise Tapi Menghiburkan

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Backstage' Kisah Mudah Tentang Remaja, Pengorbanan Dan Impian

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN