web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Backstage' Kisah Mudah Tentang Remaja, Pengorbanan Dan Impian

Filem terbaharu dari Indonesia ini menampilkan pasangan pelakon adik-beradik Vanesha Prescilla dari filem 'Dilan 1990' dan Sissy Prescillia, bintang filem 'Ada Apa Dengan Cinta'. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 11:11AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mutakhir ini, sekiranya ada filem dari Indonesia yang memasuki pawagam Malaysia, ia biasanya bergenre seram. Jadi ketibaan filem Backstage ke panggung wayang negara kita merupakan sesuatu yang menyenangkan kerana temanya lari dari kisah seram serta pembunuhan.

Backstage merupakan sebuah filem yang mempunyai premis sangat mudah. Namun, apa yang membuatnya menarik adalah pengajaran yang dapat diperolehi dari alur ceritanya.

Ia mengisahkan pasangan adik-beradik Elsa dan kakaknya, Sandra lakonan dua bintang yang mencipta nama lewat dua filem paling laku di Indonesia iaitu Vanesha Prescilla dari filem Dilan 1990 dan Sissy Prescillia (Ada Apa Dengan Cinta).

Elsa dan Sandra berbakat dalam bidang lakonan serta nyanyian, namun si kakak yang berbadan sedikit gempalmempunyai suara yang hebat untuk bidang nyanyian manakala Elsa yang lebih cantik, tidak mampu menyanyi bak kakaknya tetapi berbakat sebagai pelakon.

Oleh kerana hidup dalam kesusahan bersama ibu selepas kematian bapa yang meninggalkan banyak beban hutang, mereka terpaksa bekerja di sebuah restoran. Walau bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan mereka cuba mencari pekerjaan lain.

Elsa terbaca di media sosial tentang satu uji bakat pencarian bintang nyanyian dan lakonan lantas mengirim videonya menyanyi dengan menggunakan suara kakaknya, Sandra.

Videonya meraih perhatian syarikat hiburan tersebut dan mereka ingin membuat tawaran kepada Elsa. Namun, selepas mendapat tahu bahawa suara nyanyian di dalam video tersebut sebenarnya milik Sandra, pengurus syarikat itu iaitu Bayu membuat tawaran yang berbeza.

Dia menawarkan kontrak kepada Sandra untuk menjadi penyanyi bayangan kepada Elsa yang hanya perlu berlakon menggunakan suara kakaknya ketika beraksi di atas pentas. 

Oleh kerana terdesak dihimpit masalah kewangan, mereka menerima kontrak itu dan dari situlah jalan ceritanya mula menjadi lebih rumit.

Seperti yang disebutkan di awal ulasan, filem ini adalah sebuah kisah remaja jadi ia dimeriahkan dengan unsur-unsur yang biasanya dimasukkan dalam filem sedemikian untuk menarik golongan penonton kategori umur tersebut.

Semestinya ada watak pelakon cantik dan tampan selain bibit-bibit kekeluargaan serta pengajaran yang ingin ditonjolkan di balik filem ini.

Selain itu, ia juga diserikan dengan lagu-lagu menghiburkan termasuk beberapa karya popular yang dinyanyikan semula seperti 'Aku Takkan Berhenti', 'Seberapa Pantas' dan beberapa lagi. 

Malah, filem ini juga memberi peluang kepada penonton untuk melihat dan mendengar sendiri bakat nyanyian pasangan adik-beradik popular ini. 

Tidak terlalu berat dan sesuai untuk hiburan ringan bagi anda yang menyukai filem dari seberang, Backstage boleh ditonton di semua pawagam seluruh tanah air bermula hari ini. - Getaran, 20 Januari 2022

Rating: 3 Getar

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

M’sia-Indonesia Sepakat Kukuhkan Kedudukan, Enggan Serahkan Nasib ASEAN Ke Tangan Kuasa Luar

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 23 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN