web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Misteri ‘Death On The Nile’ Lebih Mendebarkan, Lebih Puas

Disebalik misteri pembunuhan, keindahan kapal Karnak menyusuri Sungai Nil dan berlatar belakangkan kuil Abu Simbel serta monumen King Ramses II adalah tarikan filem ini. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 5:16PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya filem 'Death on the Nile' iaitu sekuel 'Murder on the Orient Express' (2017) yang berkisarkan novel Agatha Christie dengan judul sama diterbitkan pada 1937 menemui penonton tahun ini. 

Filem arahan Kenneth Branagh yang dicetuskan menerusi lakon layar Michael Green ini menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Gal Gadot, Armie Hammer, Emma Mackey, Annette Bening, Russell Brand, Ali Fazal, Dawn French, Rose Leslie, E, Sophie Okonedo, Jennifer Saunders dan Letitia Wright. 

Tidak ketinggalan, Kenneth Branagh sendiri yang masih memegang watak sebagai si penyiasat Belgian yang penuh eksentrik dan egoistik iaitu Hercule Poirot. Bahkan, Tom Bateman yang membawakan watak Bouc iaitu rakan Monsieur Poirot dalam 'Murder on the Orient Express' turut kembali dalam 'Death on the Nile'. 

Ya, beberapa watak asal yang terdapat dalam novel Agatha Christie dikekalkan menerusi filem ini iaitu Linnet Ridgeway-Doyle (Gal Gadot), Simon Doyle (Armie Hammer), Jacqueline de Bellefort  (Emma Mackey), Louise Bourget (Rose Leslie), Jennifer Saunders (Marie Van Schuyler), Dawn French (Miss Bowers) dan Salome Otterbourne (Sophie Okonedo). 

Namun, watak Saloma Otterbourne yang pada asalnya adalah seorang penulis novel romantik ditukar menjadi penghibur kelab.

Manakala Marie Van Schuyler iaitu sosialit Amerika kini menjadi ibu angkat kepada Linnet dan tidak lagi ditemani anaknya, Tim Allerton, sebaliknya Miss Bowers, seorang jururawat kepada saudaranya kini menjadi teman dan pasangan hidupnya dalam filem ini. 

Beberapa watak lain diwujudkan untuk menambahkan rencah serta memberikan lebih impak terhadap garapan dan penceritaan 'Death on The Nile'. Misalnya Bouc sendiri serta Euphemia (Annette Benning) yang menjadi ibu kepada Bouc, seorang pelukis terkemuka. 

Linus Windlesham (Russell Brand), seorang doktor aristokrat yang juga bekas tunang Linnet dan Rosalie Otterbourne (Letitia Wright) yang juga pengurus dan ibu saudara kepada Salome Otterbourne serta Andrew Katchadourian (Ali Fazal) iaitu peguam dan saudara kepada Linnet. 

Sebagai peminat tegar novel Agatha Christie dan watak Hercule Poirot yang dijelmakan penulis British ini dalam 33 novelnya termasuk puluhan kisah-kisah pendek dan dua pementasan, penulis sememangnya amat teruja untuk menonton 'Death on the Nile'. 

Watak Hercule Poirot telah dibawakan ramai aktor termasuk Kenneth Branagh, namun secara peribadi Sir David Courtney Suchet adalah pelakon yang paling berjaya menghidupkan watak tersebut dengan begitu baik dan berkesan sekali, biarpun ia hanya menerusi siri. 

Kembali kepada 'Death on the Nile', pembukaan filem yang diterbitkan Kinberg Genre, Mark Gordon Pictures, Scott Free Productions dan TSG Entertainment ini berkisar tentang sebuah peperangan yang disertai Hercule Poirot yang akhirnya menyebabkan kecederaan di wajahnya dan meninggalkan parut.

Isterinya menyarankan dia menyimpan misai yang tebal untuk menyembunyikan kesan parut tersebut dan isterinya terbunuh sewaktu melawatnya di hospital pada Hari Natal. Dalam novel Agatha Christie, semua ini tidak wujud. 

Hercule Poirot sebetulnya adalah seorang pegawai polis yang telah pun bersara dan kerana kehebatannya menyiasat, khidmatnya sebagai penyiasat amat diperlukan. 

Namun, babak itu sengaja ditambah kerana pada akhir cerita ini, penonton akan memahami bahawa  Poirot juga mempunyai emosi dan memahami apa maksud dan perasaan cinta (walaupun ia sebenarnya tidak perlu). 

Mahu bercuti dan melarikan tugasan penyiasatan, Poirot datang ke Mesir dan bertemu dengan rakan lamanya Bouc yang kemudian mengajaknya menghadiri majlis resepsi dan bulan madu rakannya Linnet Ridgeway-Doyle dan Simon Doyle. 

Poirot tidak dapat menolak, namun dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Linnet dan Simon sudah berkahwin kerana beberapa minggu lalu di sebuah pub di London, dia melihat Jacqueline de Bellefort menari penuh ghairah bersama Simon yang juga tunangnya. 

Sewaktu Linnet dan Simon menari di ruang tengah hotel, Jacqueline yang juga rakan baik Linnet dan bekas tunang Simon muncul di situ. Bahkan, Jacquelina turut mengikut mereka sewaktu mereka berbulan madu di atas kapal persiaran mewah bernama S. S. Karnak. 

Jacquelina memiliki sepucuk pistol 22 caliber dengan tujuan mahu membunuh Linnet, namun apabila Linnet ditembak mati, tiada satu pun petunjuk yang boleh membuktikan Jacquelina adalah pembunuh. 

Berlaku beberapa lagi kematian dan misteri ini menjadi semakin menarik serta mendebarkan sehingga Poirot terpaksa mengetepikan percutiannya untuk menyiasat. Apa yang menarik, semua orang ada motif untuk membunuh Linnet. Demi cinta, manusia sanggup buat apa sahaja.  

Tapi, bagaimana dengan kes pembunuhan lain dan apa kaitannya dengan Linnet? Inilah yang membuatkan Poirot semakin buntu. Apakah kehebatannya dalam dunia penyiasatan dapat menyelesaikan segala misteri di kapal mewah yang menyusuri sungai Nil itu? 

Lakonan Emma Mackey paling cemerlang menerusi watak Jacqueline de Bellefort, manakala Russell Brand sebagai Linus Windlesham juga mengejutkan kerana buat pertama kalinya dia tampil dengan watak yang benar-benar serius. Penjiwaan Salome Otterbourne pula sangat menyakinkan sebagai penghibur kelab. 

Beralih sisi penceritaan, Branagh selaku pengarah masih lagi berupaya mengekalkan keaslian intipati 'Death on the Nile', namun apa yang menarik dia cuba memberikan nilai produksi yang tinggi dan mewah dalam filem ini. 

Selain barisan pelakon berkarisma, latar belakang Sungai Nil, penggunaan warna-warna bersesuaian dan sinematografi yang hebat antara tarikan karya ini. 

Biarpun penggambaran dilakukan di Morocco dan piramid hanya menggunakan CGI, keindahan kapal S.S. Karnak menyusuri Sungai Nil dan berlatar belakangkan kuil Abu Simbel serta monumen King Ramses II, cukup mempesonakan. Indah… cukup indah!

Misteri, kisah cinta tiga segi, perasaan cemburu yang menguasai, keinginan untuk membalas dendam bersama kemewahan kapal S.S Karnak yang dilatari Sungai Nil dan lagu-lagu soul blues membuai perasaan, membuat sesiapapun terlupa akan skandal Armie Hammer dengan beberapa wanita termasuk pertuduhan merogol dan melakukan keganasan terhadap mereka. 

Sudah tentu filem 'Death on the Nile' ini lebih menghiburkan dan menyeronokkan untuk ditonton berbanding 'Murder on the Orient Express' (2017). - Getaran, 10 Februari 2022

Rating: 4.6 getar

Gambar: The Walt Disney Company (Malaysia) 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN