web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semangat Serantau Runut Bunyi 'Raya And The Last Dragon'

Sebuah lagu baharu hasil kerjasama empat pemuzik serantau bakal dikeluarkan untuk meraikan filem animasi Disney, 'Raya And The Last Dragon.'

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 2:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejajar dengan pelancaran filem Disney berjudul Raya dan Naga Terakhir (Raya And The Last Dragon) dan untuk meraikan filem Walt Disney Animation Studios yang pertama berinspirasikan budaya Asia Tenggara, empat artis muzik terkenal yang berasal dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia telah bergabung untuk kolaborasi muzik yang menarik bertajuk ‘Trust Again’ (Percaya Lagi).

Trek dwibahasa, yang berkisarkan kepercayaan dan persahabatan, mendapat inspirasi dari negeri fantasi Kumandra dan pengembaraan Raya, puteri pendekar pertama Disney, yang mempersonifikasikan semangat pelbagai negara Asia Tenggara.

Kerjasama muzik gabungan beberapa negara ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan memegang tunggak penting dalam komitmen Disney untuk bekerjasama dengan bakat tempatan dalam membawa kandungan hiburan yang berkualiti kepada para penonton di Asia Tenggara.

Trust Again’ pada dasarnya, meraikan kepelbagaian budaya yang membentuk rantau Asia Tenggara.

Mendengar vokal Raisa yang mempesona dalam korus yang menarik serta-merta anda akan mendapat gambaran tentang keindahan budaya Asia Tenggara. Yonnyboii pula menggabungkan hidangan istimewa seperti 'sate dan nasi lemak' dalam baris rangkap pertama.

Rangkap Matthaios dalam Tagalog berbunyi, "Aku sekutumu seperti Arnis.” 'Arnis' merujuk kepada senjata Filipina kuno yang digunakan oleh Raya dalam filem ini. Dalam rangkap terakhir SPRITE yang penuh emosi, dia menyebut 'Tuk Tuk', mod pengangkutan yang popular di Thailand dan juga nama watak dalam filem ini. 

Lebih menarik lagi, lagu ini juga mengandungi bunyian alat muzik etnik Asia Tenggara seperti seruling, perkusi etnik, bungkau atau hap rahang, angklung, alat muzik tradisional dari Thailand, gamelan dan suling Sunda.

Mastering untuk lagu ini dibuat oleh jurutera mastering yang pernah memenangi Anugerah Grammy, Chris Athens dan ia pastinya merupakan satu formula untuk pemerkasaan yang ampuh, selain berkisar pada tema kepercayaan yang universal.

Lagu ini akan dilancarkan bersama-sama dengan video lirik pada 12 Mac 2021, diikuti dengan video muzik yang menampilkan keempat-empat artis pada akhir bulan Mac 2021

Filem Raya And The Last Dragon sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. - Getaran, 9 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN