Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Suara Viral 2.0 Tampilkan Pembaharuan Untuk Kekal Relevan 

Selain memperkenalkan konsep Tangga Viral, Suara Viral 2.0 turut mengetengahkan barisan juri otai dan BBNU bersama gandingan dua hos utama. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 6:53PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi memastikan Suara Viral 2.0 terus kekal relevan dan mengikuti perubahan trend hiburan semasa, beberapa pembaharuan terhadap format serta senarai tarikan utama melibatkan barisan juri dan hos telah dilakukan pihak Astro Prima.

Menambahkan lagi keunikan musim terbaharu ini, Suara Viral 2.0 akan memperkenalkan konsep Tangga Viral yang mana setiap peserta dikehendaki memulakan persembahan masing-masing dengan berdiri di kedudukan anak tangga teratas. 

Format penjurian untuk edisi kali ini pula akan menggunakan sistem liga yang ditentukan berdasarkan pemarkahan 100 peratus barisan juri profesional yang mana enam peserta akan berentap secara kalah mati untuk setiap pusingan selama tujuh minggu. 

Gandingan Danial Zaini (kiri) dan Naim Danial sebagai hos Suara Viral 2.0
Gandingan Danial Zaini (kiri) dan Naim Danial sebagai hos Suara Viral 2.0

Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata, jenama Suara Viral sebagai program pencarian bakat diluaskan ke skala yang lebih besar untuk mencungkil bakat nyanyian dalam kalangan rakyat Malaysia dan penduduk tetap di negara ini sekali gus menzahirkan impian dan keinginan mereka untuk bergelar bintang,

“Penyertaan musim kedua Suara Viral ini juga tidak lagi tertumpu kepada rakyat Malaysia dan warganegara yang berusia 18 ke atas tahun sahaja tetapi turut membuka ruang kepada mereka yang berstatus Pemastautin Tetap (PR) . 

”Peserta diberi peluang menonjolkan bakat terpendam dengan pelbagai cara sama ada secara solo, duo, berkumpulan dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam ahli. 

“Dengan perubahan yang dilakukan ini, sambutan amat menggalakkan sehingga ia memberikan cabaran kepada pihak produksi Astro untuk menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar menonjol untuk diserap masuk," katanya. 

Jelas Norzeha lagi, pihaknya juga amat berbesar hati dengan kehadiran nama-nama besar industri yang kesemuanya mempunyai latar belakang dan reputasi cemerlang kerana sudi berkongsi tip, pengalaman, ilmu dan kepakaran dengan keluarga Suara Viral 2.0.

“Peranan mereka dalam menjayakan program ini amat penting kerana setiap bimbingan dan inspirasi yang disalurkan kepada setiap peserta pastinya memberikan impak mendalam sekali gus membantu mencorakkan permulaan perjalanan seni mereka dalam bidang hiburan,” katanya. 

Menerusi Tangga Viral yang diperkenal dalam Suara Viral 2.0, kesemua peserta yang terpilih menyertai pertandingan ini perlu menyahut cabaran menyanyi dalam suasana yang berlatarkan bayang siluet bagi menambat hati juri berdasarkan kemantapan vokal dan bakat nyanyian semata-mata. 

Jika juri terhibur dengan persembahan tersebut, mereka boleh menekan butang buzzer yang akan menyalakan lampu di setiap anak tangga sekali gus mempamerkan wajah peserta dengan jelas. 

Hattan, Marsha, Aina Abdul dan Haqiem Rusli menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.
Hattan, Marsha, Aina Abdul dan Haqiem Rusli menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.

Juara mingguan secara automatik akan mara ke peringkat suku akhir untuk bersaing sekali lagi bagi menempah tempat ke pusingan akhir. 

Hanya empat finalis terbaik sahaja yang akan terpilih untuk beraksi di episod kemuncak bagi merebut gelaran juara yang layak membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi. Manakala juara mingguan pula akan menerima wang tunai RM1,000 sebagai insentif.

Konsert mingguan Suara Viral 2.0 bakal ditayangkan setiap Rabu, jam 9 malam mulai 17 November 2021 selama 10  minggu menerusi  saluran Astro Prima (105) serta boleh distrim menerusi Astro Go dan On Demand.

Klip aktiviti para peserta sewaktu di kelas vokal akan dipaparkan melalui liputan kapsul ‘Jom Intai Suara Viral 2.0’ setiap Selasa, jam 7.00 malam mulai 16 November 2021.

Manakala sedutan aktiviti perjalanan dan persiapan peserta sewaktu di belakang pentas sebelum konsert bermula akan disiarkan menerusi kapsul ‘Menjelang Suara Viral 2.0’ pada setiap hari Rabu, jam 7.00 malam mulai 17 November 2021.

Bagi menambahkan kehangatan 'Suara Viral 2.0', sebuah episod istimewa 'Uji Bakat Suara Viral 2.0'  akan disiarkan pada jam 10 malam ini. 


Trivia Suara Viral 2.0

'Suara Viral 2.0’ bakal  menyaksikan empat penghibur tersohor tanah air dengan latar belakang portfolio seni yang bukan calang-calang iaitu Datuk Hattan, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Marsha Milan yang diberi mandat untuk menduduki kerusi Juri Tetap.

Sementara itu, seorang Juri Jemputan dan seorang Juri Viral yang terdiri daripada barisan selebriti tanah air juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai barisan Juri Tetap bagi mengadili persembahan para peserta. 

Pelawak versatil yang cukup sinonim dengan teknik lawak tiru gaya atau impersonate, Danial Zaini serta pelakon dan penyanyi muda terkenal, Naim Danial telah diberi kepercayaan untuk mengemudi acara ini.  

Selain itu, ‘Suara Viral 2.0’ turut menggunakan khidmat dan kepakaran Cikgu Siti Hajar selaku Guru Vokal dan Alam Wakaka selaku Guru Persembahan Pentas untuk membimbing semua peserta musim ini. - Getaran, 10 November 2021

Foto: Astro

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

2

TARA 2 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

3

TARA 7 bulan yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Kolaborasi Qalbox, Astro Janjikan Pengalaman Hiburan Berfokuskan Muslim Terbaik di Malaysia

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 7 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN