web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hiburan Khas Buat Anak-Anak Bulan Ini

Ibu bapa, bingung mahu tonton apa bersama anak-anak kala di rumah? Kami ada dua cadangan untuk anda-- 'Tales of Arcadia: 3Below' dan 'Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends'

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 1:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda seperti kami, menantikan siri atau filem animasi baru sejak awal tahun? Saat yang dinanti-nantikan kini telah pun tiba. Walaupun cuma animasi di layar TV dan bukan di pawagam, dua tajuk yang akan kami kenalkan kepada anda tetap bakal menghiburkan anak-anak dan seluruh keluarga.

Tales of Arcadia: 3Below

'Tales of Arcadia: 3Below' adalah bahagian kedua daripada trilogi 'Tales of Arcadia' yang dihasilkan oleh pengarah dan penerbit ternama, Guillermo Del Toro. Siri animasi yang 13 episod ini, menampilkan penceritaan fantasi sci-fi intergalaksi yang mengikuti kisah perjalanan hidup dua beradik bersama pengawal mereka ke Bumi. Ketiga-tiga watak utama ini melarikan diri dari planet asal yang telah diambil alih oleh diktator yang jahat. Mereka berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian di Bumi sambil berusaha memperbaiki kapal mereka untuk kembali dan mempertahankan planet asal mereka. 


Walaupun cerita ini mempunyai ciri-ciri aksi, pengembaraan dan sentuhan komedi, ia juga menunjukkan kepentingan persahabatan dan keluarga. Tayangan perdana siri animasi ini akan ditayangkan di saluran DreamWorks (unifi TV, 550)  pada Isnin, 1 Mac 2021, 7:20 malam.

Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends


Animasi yang satu ini sudah pun menjadi household name di Asia dan juga pemenang Animasi Pra-sekolah Terbaik di Asian Television Awards ke-24. Didi & Friends kini muncul dengan konsert ketiga. Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends adalah filem animasi pertama tempatan yang akan disiarkan langsung di Pawagam Rumah Anda di Astro First saluran 480 mulai 25 Februari 2021.

Siri animasi ini dikenali ramai dengan cerita dan lagu-lagu hiburan yang mempunyai elemen-elemen pengajaran untuk kanak-kanak. Selain itu, jalan cerita dan lagu-lagu yang dipersembahkan sememangnya menarik bagi semua semua penonton tanpa mengira usia.

Selepas kejayaan dua konsert terdahulu, pada 2018 dan 2019, Astro dan Digital Durian kini meneruskan persembahan konsert Didi & Friends pada tahun ini. Mesti ada yang tertanya, apakah uniknya dan perbezaan setiap Konsert Hora Horey Didi & Friends?

Konsert pertama yang diadakan pada 2018  memberi pengalaman sinematik yang unik dan ditayangkan di panggung wayang. Manakala, konsert kedua dipersembahkan pada 2019 dan dibuat secara konsert muzikal interaktif.

Konsert ketiga ini berbeza berbandingkan kedua konsert terdahulu. Oleh kerana era pandemik ini, Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends kini dibawa ke kaca televisyen rumah. Pengalaman konsert ini dapat dikongsikan dan diluangkan bersama ahli keluarga. Selain dapat memberi hiburan, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan seisi keluarga. Tambahan pula, keistimewaan konsert ini adalah ia akan dipersembahkan dalam dua versi, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Setelah lebih setahun industri filem tempatan tidak dimeriahkan dengan kemunculan filem animasi tempatan terbaru, kami rasa ini adalah masa yang sesuai untuk Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends menemui peminat di luar sana. Ia pasti menyeronokkan apabila anak kecil dapat menyanyi serta menari bersama keluarga dan terus kekal di rumah. Dengan adanya dua versi bahasa, ia memberi penonton pilihan serta seluruh rakyat di luar sana untuk menikmati kandungan baharu ini.” kata Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara.

Bagi memeriahkan lagi konsert ini, kehadiran penyanyi Malaysia yang melakar nama di peringkat antarabangsa seperti Yuna, Hael Husaini dan Altimet telah dijemput menjadi tetamu undangan.


Konsert berdurasi 90 minit ini akan mempersembahkan 33 buah lagu. Lagu-lagu ini terdiri daripada tujuh buah lagu baru, tujuh buah lagu lama yang digubah semula dan 19 buah lagu daripada siri animasi ini. Yuna bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk ‘Bunga Matahari’, Altimet ‘Bingo 2020’ dan Hael Husaini ‘Rindu Serindunya’.

‘Watak-watak animasi Didi & Friends seperti Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Tatak, Bingo, Boon, Roon dan Mummy akan turut mengikuti konsert ini. Seterusnya, watak Omar dan Hana juga akan membuat penampilan istimewa dalam persembahan lagu ‘Ninja’.

Pada era moden ini, animasi menjadi bentuk hiburan yang paling banyak ditonton. Rangkaian gambar yang dilukis dan jalan cerita yang menarik dalam kedua-dua siri animasi ini dapat memberi penonton seribu satu emosi. Selain itu, ia juga dapat menggambarkan perkembangan evolusi animasi tempatan dan antarabangsa serta teknologi terkini.

Kemajuan animasi ini dapat memberi pengalaman berbeza kepada penonton serta pengalaman secara menyeluruh walaupun ditonton di rumah. - Getaran, 2 Mac 2021

Semua gambar 'Tales Of Arcadia': NBCUniversal

Semua gambar 'Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends': Astro First

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...