web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Go Shop Kekal Terajui Perniagaan Beli-Belah Rumah 

Pelbagai tawaran eksklusif dan hebat disedikan buat pelanggan setia sempena kempen meraikan ulang tahun ketujuh Go Shop, Happy Together yang berlangsung sepanjang November ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 1:38PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai perintis, Go Shop berjaya melebarkan sayapnya sebagai peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular serta menjadi platform paling dipercayai dalam kalangan pelangan setia mereka. 

Malah, sepanjang tempoh tujuh tahun beroperasi, Go Shop menyajikan banyak produk berkualiti dan sentiasa menawarkan pelanggan dengan pelbagai jenama dipercayai ramai termasuk  peralatan rumah, perkakas dapur sehinggalah produk berkaitan kecantikan serta kesihatan. 

Sempena kempen meraikan ulang tahun ketujuh Go Shop, Happy Together yang berlangsung selama sebulan iaitu dari 1 hingga 30 November ini, platform ini telah menyediakan pelbagai tawaran eksklusif dan hebat buat pelanggan setia mereka. 

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Li berkata, platform ini tidak akan berjaya tanpa sokongan rakan kongsi, penjual, barisan hos yang bertugas serta pelanggan mereka. 

“Gabungan jualan dan hiburan menjadikan program yang disediakan di Go Shop sangat unik. Malah, kami sangat menitikberatkan kualiti produk yang dijual menerusi platform ini. 

“Secara tidak langsung, kesemua elemen inilah yang telah membantu Go Shop menjadi peneraju perniagaan beli-belah dari rumah serta e-dagang yang popular dan dipercayai,” katanya. 

Menurut Christine lagi, menerusi tema Happy Together untuk sambutan kali ini, pihaknya sangat teruja membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli-belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan.

“Kami sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk dipercayai ramai pada nilai terhebat dan paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli-belah terunggul daripada kami. 

“Lanjutan tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini secara tidak langsung telah menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakan trend pembelian  atas talian. 

“Di Go Shop sendiri, kami dapat lihat platform digital kami terus kukuh dan merekodkan peningkatan jualan yang begitu memberansangkan, dicetuskan dari pembelian di atas talian,” katanya, 

Dengan peningkatan populariti rangkaian produk kesihatan, kecergasan, fesyen dan barangan riadah sepanjang musim PKP, Go Shop berjaya menambah banyak lagi jenama terkemuka untuk kategori-kategori  ini. 

“Kolaborasi ini telah mencetuskan lebih banyak program menarik yang mengutamakan topik kecergasan dan kesihatan,” kata Christinne. 

Jelasnya lagi, sebagai sebuah platform beli-belah dari rumah yang menyajikan produk berkualiti dengan pelbagai jenama dipercayai ramai, Go Shop sentiasa berusaha untuk menambah lebih banyak produk menarik dan menawarkan pelbagai pilihan demi menepati kehendak setiap pelanggan.

“Selain jenama besar dan sedia ada, kami turut bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha industri kecil serta sederhana. Ini salah satu usaha kami untuk membantu membangunkan ekonomi negara. 

“Malah, kami juga telah bekerjasama dengan ramai selebriti tanah air yang bergelar usahawan dengan menyediakan platform ini sebagai suatu cara untuk mereka meningkatkan lagi jualan. 

“Dan, pada tahun ini, buat julung kalinya, kami telah melancarkan jenama pakaian dan set peralatan tidur Royal Field and La Belle iaitu jenama eksklusif Go Shop, untuk lebih banyak pilihan produk berkualiti kepada pelanggan,” katanya lagi. 

Menerusi kempen ini, Go Shop menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain diskaun sehingga 80 peratus dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu. Malah, akan ada banyak pelancaran produk terhebat sepanjang bulan ini. 

Tawaran-tawaran menarik ini termasuk produk peralatan memasak yang moden dan terkini, perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi produk menarik tersedia khas buat pelanggan khususnya untuk menyambut tahun baru tidak lama lagi.

Menghangatkan lagi kempen ini, Go Shop turut menganjurkan Happy Together Live Party pada 30 hingga 31 Oktober lalu. 

Program istimewa yang berlangsung selama dua hari itu menampilkan ramai selebriti tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Datuk Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn 

Sepanjang berlangsungnya kempen Go Shop Happy Together, pelanggan boleh menikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. 

Selain itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan Happy Spin and Win Game dari 17 hingga 30 November 2021 untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000! 

Anda juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered sepanjang kempen berlangsung. - Getaran, 2 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Khazanah Wujud Platform Pelaburan Hijau, Tarik Lebih Banyak Pelaburan - PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Berusia 56 Tahun, Bernama Terus Komited Menjadi Sumber Berita Nombor 1 Negara

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jarang Menangis, Air Mata Scha Al Yahya Tumpah Saat Bercerita Tentang Mahligai Perkahwinan Yang Sudah 11 Tahun Dibina

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 16 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN