web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Ron’s Gone Wrong', Robot Juga Punya Hati

Kami kongsikan ulasan filem 'Ron’s Gone Wrong' sebuah karya animasi terbaharu daripada 20th Century Studios dan Locksmith Animation.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 2:40PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ron’s Gone Wrong merupakan filem animasi terbaru daripada 20th Century Studios dan Locksmith Animation. Diarahkan oleh tiga sutradara Jean-Philippe Vine, Sarah Smith dan Octavio E. Rodriguez,  filem ini menampilkan Zach Galifianakis sebagai Ron dan bintang Shazam, Jack Dylan Grazer sebagai Barney.

Apa yang boleh anda jangkakan daripada filem ini? Biarpun naskhah ini didedikasikan untuk kanak-kanak, percayalah golongan dewasa juga harus menontonnya kerana mesej yang ingin disampaikan cukup dekat dengan diri kita ketika ini.

Di era serba digital ini, kanak-kanak mahupun remaja tidak lagi dilihat bermain-main di luar dengan rakan sebaya, sebaliknya ramai yang lebih suka terperuk di rumah dengan gajet masing-masing.

Hubungan dengan manusia sangat kurang, dan jangan terkejut jika ada yang tidak bertegur sapa sesama adik-beradik dalam sehari. Situasi pandemik lebih memburukkan keadaan. 

Ron’s Gone Wrong membawa penonton terbang ke latar masa depan, di mana ketika itu golongan remaja masing-masing mempunyai robot ‘BFF’ yang sentiasa mendampingi.

Malah, ia boleh dibawa ke sekolah dan boleh digunakan pada waktu rehat. Tanpa robot BBot, mereka terlihat canggung dan sudah pasti menjadi bahan sindiran rakan-rakan. 

Situasi inilah yang dihadapi oleh Barney, pelajar sekolah yang berperwatakan ‘nerd’, tidak popular dan sering menjadi mangsa buli rakan sebaya. Setiap kali waktu rehat, Barney akan keseorangan kerana dia tidak punya BBot dan tiada rakan sekolah yang ingin mendekati. Guru kelasnya terpaksa meminta pelajar-pelajar lain untuk duduk bersama Barney kerana bimbang Barney tidak gembira di sekolah.

Bagaimanapun, kehidupan Barney mula berubah selepas bapanya menghadiahkan BBot pada hari jadinya. Barney cukup teruja kerana menganggap dia punya kesempatan untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan lain di sekolah. Namun, Ron tidak seperti robot-robot yang lain kerana ia unit yang ‘rosak’. Memorinya tidak sepintar robot-robot lain.

Selepas menyedari situasi itu, Barney mahu memulangkan Bbot ke pusat jualan tetapi mana mungkin kerana Ron dibeli secara tidak sah! Lama-kelamaan, Barney mula menyayangi Ron dan dia akhirnya berusaha mencari cara untuk memperbaiki Ron.

Saat Barney terus mencari jalan keluar agar robot kesayangannya hidup kembali, Ron mula berinteraksi dengan caranya yang tersendiri, bahkan jauh lebih baik, di luar ekspektasi. Ron ‘hidup’. Ia seolah-olah berfikir seperti manusia dan punya ‘hati’. Sejak hari itu, hidup Barney mula ceria kerana Ron tahu mengambil hati dan menceriakan suasana.

Namun, bukanlah sebuah filem jika tiada kemuncak atau insiden yang mampu mengheret penonton untuk sama-sama menyelami perasaan watak utama. Ketika Barney dan Ron seronok bersama, satu tragedi mengundang padah sehinggakan Barney dan Ron mula menjadi buruan pihak pengeluar BBot.

Di sini penonton boleh melihat bagaimana pengarah mencuit akal dan fikiran kita supaya tidak memberi 100% kepercayaan kepada pembikin barangan jualan. Memang mereka menjanjikan yang indah-indah, tetapi apa yang mereka lakukan pastinya bermotifkan kewangan. Sebagai ibu-bapa anda harus ambil tahu tentang aktiviti anak-anak dan cubalah sentiasa berkomunikasi dengan mereka setiap hari. Ambil tahu tentang kehidupan mereka.

Jika diselami, Ron’s Going Wrong punya banyak mesej tersirat. Penulis skrip dilihat berjaya menjentik pelbagai emosi sepanjang tempoh menyaksikan filem. Dalam masa yang sama ia juga membuka mata kita bahawa teknologi jika tidak dikawal boleh mendatangkan keburukan. 

Ron’s Gone Wrong kini sudah mula ditayangkan di pawagam-pawagam berhampiran anda. Ia sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Rating: 3.5 Getar

Gambar: Walt Disney Studios

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN