web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Usaha Anwar Tarik Pelaburan Sektor Bernilai Tinggi Beri Impak Ketara - Forbes

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2024 8:20AM

Pendekatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dari segi pengoptimuman kos, terutama rasionalisasi subsidi dan mengurus kos perkhidmatan awam turut dipuji. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik sektor bernilai tinggi seperti fabrikasi semikonduktor dan teknologi digital, mempercepat kelulusan pelaburan langsung asing (FDI) dan meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan mempunyai implikasi ketara kepada Malaysia dan rantau Asia yang lebih luas, menurut Forbes Magazine.

Menurutnya, pelaburan penting telah ditarik dalam sektor bernilai tinggi seperti fabrikasi semikonduktor dan teknologi digital.

"Dengan memberi tumpuan kepada sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan kemajuan teknologi, Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan rantaian nilai global dan mendorong ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya saing," kata Benjamin Laker dalam komentar yang diterbitkan oleh majalah itu di laman webnya.

Beliau berkata langkah untuk menggalakkan kualiti pelaburan tertumpu terhadap produktiviti buruh menerusi automasi dan peningkatan perbelanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan.

"Inisiatif ini dihasilkan untuk mewujudkan ekonomi yang lebih berteraskan inovasi – mengurangkan pergantungan kepada buruh berkemahiran rendah dan meningkatkan produktiviti keseluruhan. Pembaharuan ini mempunyai implikasi yang ketara kepada Malaysia dan rantau Asia yang lebih luas," katanya.

Laker turut memuji pendekatan Anwar dari segi pengoptimuman kos, terutama rasionalisasi subsidi dan mengurus kos perkhidmatan awam.

"Perubahan melibatkan penjawat awam baharu kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – dijangka mengurangkan kos pencen jangka panjang – adalah satu langkah penting. Langkah ini bertujuan meringankan beban kewangan kerajaan dengan mengalihkan liabiliti pencen pada masa depan kepada model lebih mampan," katanya.

Selain itu, enakmen Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal menginstitusikan pengurusan fiskal yang berhemat dengan sasaran kepada defisit fiskal tiga peratus dan nisbah 60 peratus hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar.

Menurutnya rangka kerja perundangan ini bertujuan memastikan dasar fiskal Malaysia kekal mampan dalam jangka panjang, menawarkan persekitaran ekonomi stabil yang kondusif kepada pertumbuhan.

Bagaimanapun, Laker yang juga profesor kepimpinan di Henley Business School, University of Reading menekankan bahawa cabaran tetap wujud.

Beliau berpandangan bahawa terdapatnya potensi halangan, misalnya dari segi usaha untuk menyasarkan semula subsidi petrol dan kos sara hidup tinggi yang dikaitkan dengan pemotongan subsidi baru-baru ini.

Laker berkata perjalanan Malaysia boleh menjadi contoh kepada negara lain dalam mengemudi pemulihan pascapandemik dan transformasi struktur yang sama. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 3 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang