web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Peroleh Komitmen Pelaburan Bernilai RM8.3 Bilion Semasa Minggu Teknologi London - Fahmi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 9:38PM

Fahmi Fadzil bercakap pada Sesi Dialog Pelabur sempena Minggu Teknologi London (LTW) di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Malaysia meraih komitmen pelaburan sebanyak RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital semasa misi pelaburan ke Minggu Teknologi London 2023 yang diketuai Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Pelaburan ini dijangka mencipta tidak kurang daripada 1,800 pekerjaan bernilai tinggi, umum beliau pada majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan International Data Centre Authority (IDCA) di sini.

Selain itu, MDEC juga mengadakan pertukaran kerjasama dengan UK-ASEAN Business Council (UKABC) dan Commonwealth Enterprise and Investment Council.

Semasa acara itu, Sunway Group turut menandatangani MoU dengan Wippd dan pengumuman pelaburan lain dibuat oleh sembilan syarikat terkemuka dari United Kingdom (UK) termasuk Access Group, Dataswyft, TPP, Activpayroll, Ekco, Yondr Group, GBG, Hamilton Barnes, dan MMOB.

Fahmi berkata kejayaan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap rangka kerja kukuh Malaysia Digital (MD), yang merupakan inisiatif strategik nasional yang memacu ekonomi digital berada di landasan tepat seiring dengan visi Malaysia MADANI. 

Menerusi misi ini, Fahmi  bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz turut mengadakan sesi meja bulat berkenaan inisiatif MD bersama tokoh-tokoh dan eksekutif perniagaan.

Beliau juga dijadual memberikan ucap tama bertajuk “Opportunities in ASEAN” pada Minggu Teknologi London 2023 serta menjadi salah seorang ahli panel pada sesi Global Tech Stage. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas