web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maxis Tangguh Mohon Kelulusan Pemegang Saham Bagi Perjanjian 5G Dengan DNB

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 8:52PM

Menurut Maxis, ia akan menunggu sehingga kerajaan memuktamadkan dasar pelaksanaan 5G. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Maxis Bhd hari ini mengumumkan ia akan menangguhkan permohonan untuk mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham bagi memeterai Perjanjian Akses (AA) 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

Maxis, satu-satunya pengendali rangkaian mudah alih (MNO) utama yang belum memeterai perjanjian itu untuk menyediakan perkhidmatan 5G berkata, ia akan menunggu sehingga kerajaan memuktamadkan dasar pelaksanaan 5G.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan untuk menyemak semula pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini dan menjangkakan dasar pelaksanaan rangkaian 5G akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum akhir suku pertama 2023.

“Sehubungan itu, lembaga pengarah Maxis mengakui kewajaran untuk menangguhkan permohonan mendapatkan kelulusan pemegang saham sehingga dasar pelaksanaan 5G dimuktamadkan.

“Maxis kekal komited untuk merealisasikan hasrat digital negara dan yakin dengan manfaat yang akan dibawakan 5G terhadap perniagaan, pelanggan dan kerajaan untuk memperkasa daya saing Malaysia di rantau ini,” katanya.

Maxis pada 2 Nov 2022 menjelaskan, adalah mandatori untuk syarikat itu mendapatkan kelulusan daripada pemegang saham bagi memeterai AA dengan DNB, selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Ia turut berhasrat untuk menyelesaikan proses kelulusan berkenaan pada bulan ini dan melancarkan produk dan perkhidmatan 5G yang berkaitan secara komersial tidak lama kemudian.

Setakat ini, MNO seperti U Mobile Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (yang kemudiannya bergabung sebagai CelcomDigi) serta YTL Communications Sdn Bhd -- menandatangani AA 5G dengan DNB pada 30 Okt 2022 untuk menawarkan perkhidmatan 5G di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan