web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terengganu Umum Insentif 'One-Off' Kepada Pemain Industri Pelancongan

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 4:59PM

Kanak-kanak bermain di buaian di Pantai Kampung Penarik di Setiu, Terengganu pada 11 Sept 2020. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian insentif secara 'one-off' dengan jumlah peruntukan sebanyak RM132,200 kepada pemain industri pelancongan yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata insentif tersebut akan diagihkan kepada 50 penarik beca dan 18 pemandu bot penambang dengan masing-masing akan menerima RM400.

Beliau berkata insentif RM250 pula akan diberikan kepada 44 pemandu teksi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), pemandu pelancong yang masih aktif (99), pemandu dan pekerja rumah bot Tasik Kenyir (244) serta malim gunung (33).

“Seperti yang kita tahu kebanyakan sektor terutama sektor pelancongan menghadapi kerugian yang besar akibat pandemik COVID-19.

“Sebagai contoh rumah bot di Tasik Kenyir, kalau diikutkan tempahan yang diterima penuh sehingga Mac tahun ini, namun apabila berlaku PKP banyak tempahan dibatalkan dan ia menjejaskan pendapatan pengusaha dan pekerja rumah bot tersebut,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Menurutnya, insentif tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank setiap penerima seawal minggu hadapan.

Dalam pada itu, Ariffin berkata kerajaan negeri kini sedang merangka strategi untuk mempromosikan produk pelancongan Terengganu dalam kalangan penduduk di sini sebagai persediaan sekiranya larangan merentas negeri masih dilaksanakan. 

“Kita memang akan buat promosi antara daerah ke daerah yang lain bagi menghidupkan pusat pelancongan di negeri ini. Kita juga yakin akan sampai satu masa merentas negeri dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan pada waktu itu kita harapkan industri pelancongan Terengganu kembali rancak,” katanya. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?