web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Terus Kukuh Untuk Tarik Pelabur Berkualiti - Tengku Zafrul

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 11:44AM

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun cabaran masih ada disebabkan ketidaktentuan ekonomi global, langkah China untuk membuka semula sempadannya minggu depan memberi petanda baik untuk negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berada di landasan yang kukuh untuk menarik pelaburan berkualiti, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam temu bual dengan CNBC pagi ini, beliau berkata walaupun cabaran masih ada disebabkan ketidaktentuan ekonomi global, langkah China untuk membuka semula sempadannya minggu depan memberi petanda baik untuk negara memandangkan China adalah rakan dagang terbesar Malaysia.

“Langkah itu akan membantu eksport dan ekonomi kami. Di dalam negara, usaha yang memfokuskan pada prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam sektor-sektor utama, meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan serta menggerak naik rantaian nilai dalam sektor yang kami amat kukuh juga akan membantu mengurangkan kesan tekanan ekonomi global.

"Malaysia mengunjurkan pertumbuhan empat peratus pada 2023. Angka (pertumbuhan) kami kelihatan baik, inflasi pada empat peratus dan kadar pengangguran pada 3.6 peratus," katanya.

Menurut Tengku Zafrul, Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sekitar 8.0-9.0 peratus pada 2022.

Bagi sembilan bulan pertama 2022, ekonomi negara berkembang sebanyak 9.3 peratus, katanya sambil menambah negara mencatat pertumbuhan KDNK sebanyak 14.2 peratus pada suku ketiga 2022 di tengah-tengah permintaan domestik dan luar yang kukuh serta pasaran buruh yang bertambah baik. .

Dalam temu bual itu, Tengku Zafrul turut menyatakan beberapa kebimbangan yang mungkin boleh menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi global, antaranya dasar monetari dan fiskal yang lebih ketat, ketegangan global seperti perang Ukraine-Rusia yang mengganggu rantaian bekalan serta kapasiti pengeksport dalam memenuhi tuntutan pasaran ESG. 

 

CPTPP diteruskan 

Menteri itu seterusnya berkata Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat komited terhadap penyertaan negara dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), yang berkuat kuasa pada 29 Nov 2022 di Malaysia.

Menjawab soalan sama ada akan terdapat penilaian semula baharu bagi perjanjian perdagangan 11 anggota itu, Tengku Zafrul berkata bahawa Perdana Menteri sendiri telah menandatangani semua perjanjian pentadbiran yang diperlukan untuk memastikan eksport dan import dapat diteruskan di bawah perjanjian yang telah diratifikasi.

"Jelas sekali terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelbagai kumpulan dan kami telah menanganinya dengan mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan beberapa kebimbangan, jadi kami sangat komited untuk menyertainya," katanya.

 

Ringgit akan terus mengukuh

Ketika ditanya sama ada apa yang dialami oleh ringgit telah berakhir yang mana mata wang tempatan telah menyusut nilai sebanyak enam peratus pada 2022, Tengku Zafrul berkata beliau optimis ringgit akan kembali dan terus mengukuh pada 2023, didorong oleh unjuran pertumbuhan Malaysia bagi tahun itu.

“Saya berpendapat perkara utama di sini ialah apa yang akan berlaku kepada dolar AS. Dari sudut pandangan saya, saya rasa dolar (AS) telah mencapai tahap yang selesa,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry