web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MyAirline Optimis Catat Prestasi Positif Tunai Mulai Tahun Pertama

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 5:53PM

Teo (kanan) bersama Ketua Penasihat Eksekutif MYAirline Kathleen Tan semasa Sesi Meja Bulat Media MYAirline dan Penerbangan Sulung ke Langkawi di SS15 Courtyard, Subang Jaya hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - MyAirline, syarikat penerbangan tambang rendah baharu Malaysia, optimis namun berhati-hati akan mencapai pertumbuhan positif pada tahun pertama operasinya.

Berlandaskan saranan jualan unik (USP), syarikat penerbangan ‘merah baharu’ itu menyasar untuk menempatkan kedudukannya dalam pasaran tambang rendah dengan memperkenalkan uniform anak kapal neutral jantina, tempat duduk ergonomik baharu, amalan hijau manual digital untuk juruterbang serta hidangan dalam penerbangan ‘MyKopitiam’.

Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline Sdn Bhd, Rayner Teo berkata pihaknya berusaha untuk berada pada kedudukan positif dari segi tunai mulai tahun pertama.

“Kami juga menyedari banyak cabaran di hadapan namun berasaskan formula strategi pasaran yang kukuh dan mengekalkannya di landasan, kami amat berharap dapat mencatatkan tunai positif,” katanya pada sesi meja bulat media pertama MYAirline di ibu pejabatnya di Subang Jaya, dekat sini, pada Rabu.

Beliau berkata secara purata, syarikat penerbangan itu telah mencapai faktor muatan yang baik iaitu 70 peratus berdasarkan minggu pertama pembukaan jualan tiket, memandangkan tempoh pengehadan sejak ia bermula pada 25 November lepas.

MYAirline yang beroperasi menggunakan kumpulan pesawat Airbus A320-200, akan melancarkan penerbangan pertamanya pada 1 Disember ke Kuching, Kota Kinabalu dan Langkawi dari klia2.

Kakitangan MYAirline bergambar dengan sepanduk MYAirline ‘Fly The New Red’ semasa sesi foto di Sesi Meja Bulat Media MYAirline dan Penerbangan Sulung ke Langkawi di SS15 Courtyard, Subang Jaya hari ini. - Gambar Bernama
Kakitangan MYAirline bergambar dengan sepanduk MYAirline ‘Fly The New Red’ semasa sesi foto di Sesi Meja Bulat Media MYAirline dan Penerbangan Sulung ke Langkawi di SS15 Courtyard, Subang Jaya hari ini. - Gambar Bernama

Syarikat penerbangan ini juga dijangka terbang ke Kota Bharu, Pulau Pinang dan Sibu pada bulan yang sama dan kini masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.

Teo berkata selain mengembangkan destinasi domestik, MYAirline juga meninjau pasaran di Asia Tenggara iaitu Singapura, Bali, Bangkok dan lain-lain, paling cepat pada suku pertama 2023.

“Kami akan mula terbang ke negara yang mesra dan mudah bagi kami ... dalam tempoh penerbangan empat jam,” katanya.

Pada masa ini, MYAirline mempunyai hampir 500 pekerja termasuk kira-kira 60 juruterbang.

Ia juga sentiasa mengemaskinikan tawarannya menerusi laman web dan aplikasi mudah alih.

Mengulas mengenai USP,  Teo berkata MYAirline akan menjadi pihak pertama yang menggunakan tempat duduk ergonomik yang ringan, mesra alam sekitar dan ‘pre-reclined’ (tidak boleh ubah), yang menjimatkan sehingga 900 kilogram berat pesawat.

Tempat duduk ‘pre-reclined’ adalah tempat duduk tetap yang penumpang tidak boleh ubah atau sesuaikan. Tempat duduk ini tidak memaksa penumpang untuk duduk tegak sepenuhnya dan ia juga tidak membenarkan penumpang bersandar sejauh yang mahu.

Anak kapal MYAirline juga akan menjadi orang pertama di negara ini yang memakai pakaian seragam neutral jantina dengan ‘hoodie’ dan seluar panjang serta dipadankan dengan kasut sneaker, yang memberikan keselesaan maksimum kepada mereka.

Bagi penumpang, mereka diberikan elaun bagasi kabin tujuh kilogram, hidangan panas dan makanan seperti nasi lemak, mi goreng, roti jala, Jjajangmyeon Korea dan banyak lagi tambahan pada masa hadapan.

Syarikat penerbangan itu menggunakan teknologi inovatif dan hijau dalam produk dan perkhidmatannya untuk memastikan proses yang mudah dan lancar untuk penumpang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

MYAirline Terima Pelaburan Dari Timur Tengah - Sumber

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

MYAirline Diarah Beri Penjelasan Bertulis - MAVCOM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Penerbangan MYAirline Digantung Sementara - Menteri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan