web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DNB Guna Radio Ericsson Ultra-Ringan Pertama Di Asia Dalam Pelaksanaan 5G

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 5:39PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia yang menggunakan radio ultra-ringan AIR 3268 Ericsson dalam menyokong pelaksanaan 5G.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh David Hagerbro berkata radio generasi baharu yang akan digunakan di seluruh Malaysia oleh Digital Nasional Bhd (DNB) itu adalah 18 peratus lebih cekap tenaga daripada radio generasi sebelumnya, sekali gus memastikan pelaksanaan 5G yang lebih mampan dan bertanggungjawab.

AIR 3268 direka dengan Ericsson Silicon, menawarkan anggaran saluran masa nyata dan pembentukan pancaran ultra-tepat yang meningkatkan liputan dan pengalaman pengguna.

Pada 12 kilogram dan 23 liter, AIR 3268 adalah radio Massive MIMO (pelbagai input pelbagai output) yang paling ringan dan terkecil dalam industri dan dibangunkan untuk prestasi Massive MIMO jalur pertengahan 5G untuk memberikan manfaat penggunaan yang mudah.

Dengan kuasa output 200 watt, 32 transceiver dan penyejukan pasif, berat radio itu kira-kira 40 peratus kurang daripada generasi terdahulu, menjadikan pemasangannya mudah di menara, bumbung, tiang dan dinding. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis