web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelaksanaan 5G Tidak Boleh Diserah Kepada MNO Sedia Ada - Ralph Marshall

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2022 8:00AM

CEO DNB Ralph Marshall - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelaksanaan rangkaian 5G nasional tidak boleh diserahkan kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) sedia ada, kerana ia mungkin akan ditangguhkan sehingga mereka dapat mengaut lebih banyak keuntungan daripada pelaburan rangkaian 4G sedia ada.  

Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Bhd, Ralph Marshall berkata, syarikat telekomunikasi mahu terus mengaut keuntungan daripada rangkaian 4G dimiliki kerana ia memberikan pulangan yang amat lumayan.

Sebagai akibat, Malaysia terus tercicir berbanding negara ASEAN lain dalam pelancaran 5G, katanya dalam jawapan setebal 20 muka surat, sebagai membalas kenyataan media Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming, 7 Februari lalu.

Sebelum penubuhan DNB, kelewatan berlaku kerana pendirian ahli konsortium yang saling bercanggah, termasuk melibatkan aspek pembahagian kos rangkaian dan keuntungan.

Ia secara tidak langsung menjejaskan keupayaan untuk melancarkan rangkaian pada kadar segera 

Marshall memberi bayangan, pelancaran rangkaian 5G sebuah MNO akan ditangguhkan kepada tahun hadapan ataupun 2024, berbanding jangkaan asal pada 15 Disember 2021, apabila perkhidmatan 5G disediakan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyber Jaya.

Sasaran liputan di negara ini pula dijangka mencecah 80 peratus menjelang 2024.

Menerusi kenyataan media itu, Kian Ming membangkitkan 15 persoalan berhubung peranan dimainkan DNB dari aspek pelancaran infrastruktur 5G negara, mencakupi strategi, kos dan dasar dimilki.

DNB pada dasarnya ditubuhkan untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur teknologi mudah alih generasi seterusnya, ataupun 5G. 

Melalui pembangunan ini, satu rangkaian borong tunggal (SWN) oleh DNB akan memberikan akses kepada syarikat telekomunikasi berdasarkan kaedah pemulihan kos. 

Pelan itu ditentang oleh syarikat telekomunikasi yang takut kehilangan kepentingan mereka dalam telefon mudah alih negara, lalu mencadangkan rangkaian saingan mereka sendiri. 

Walaupun syarikat telekomunikasi agak senyap, beberapa ahli politik utama telah menentang serta mempersoalkan pendekatan DNB dan SWN.

Walau apa pun, tidak banyak diketahui tentang cadangan syarikat telekomunikasi untuk Rangkaian Pemborong Dwi (DWN), satu dikendalikan oleh DNB dan satu lagi oleh konsortium syarikat telekomunikasi  atau harga yang akhirnya akan dikenakan kepada pengguna.

“Pelaksanaan ini tidak boleh diserahkan kepada sektor swasta, yang didorong keuntungan semata-mata,” kata Marshall.

Beliau berkata, pengendali telekomunikasi sedia ada tidak akan menerima model pemulihan kos untuk melancarkan infrastruktur 5G atau menyampaikan penjimatan kepada pengguna akhir.

Katanya, kaedah pemulihan kos DNB akan mengekalkan kadar rendah kepada pengguna.

Jelas Marshall, terdapat keperluan untuk mempercepatkan pelancaran 5G negara dan untuk mengejar jiran  terdekat dalam pelancaran 5G. 

Kelewatan itu turut menjejaskan pelaburan langsung asing.

“Ini tiada kena mengena dengan kedudukan dalam kalangan jiran kita tetapi berkisar kepada menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan meletakkan negara dalam posisi kompetitif untuk menarik pelaburan asing,” katanya.

Pada masa yang sama Marshall berkata, kerajaan sentiasa terbuka untuk mengurangkan pegangan dalam DNB bagi tempoh tiga tahu selepas 5G dilancarkan, supaya MNO boleh menjadi pemegang saham syarikat itu. 

Hal ini, katanya, diketahui oleh pegawai kanan dan pengurusan MNO. - Getaran, 12 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat